Wednesday, 20 March 2013

Memaafkan Tapi Masih Terluka


   Maaf. Satu perkataan yang mudah dilafazkan bagi kebanyakan orang.
Terhiris dan terluka dalam perhubungan seharian dengan manusia yang lainnya saya kira semua orang pernah hadapi. Ada yang berselisih faham dengan sahabat sendiri. Ada yang menerima makian daripada orang lain hanya kerana membawa sesuatu yang betul. Ataupun, ada yang terluka kerana ditipu.
Lalu, datanglah orang-orang yang pernah menyakitkan hati itu untuk memohon kemaafan. Walaupun dengan hati yang sakit dan tidak merelakan, perkataan ‘dimaafkan’ itu tetap dilafazkan kepada orang yang memohon maaf tadi. Tapi, maaf itu hanya sekadar perhiasan dibibir tetapi dihati masih memendam rasa terluka sehingga menjauhkan diri dari si dia yang pernah menyakitkan hati.
Nah, adakah itu namanya benar-benar memaafkan?
Apabila Hati Terluka Dek Orang
Hidup ini tidak menjanjikan kebahagiaan semata-mata. Maka, terluka oleh orang lain adalah salah satu cabang daripada ujian ALLAh Ta’ala. Dan cara disakiti oleh orang lain itu pula dengan cara yang berbeza-beza. Mungkin pada sindiran, mungkin dengan cara memburukkan atau mengumpat dibelakang, atau macam-macamlah cara yang anda ketahui.
Dan oleh kerana manusia itu juga namanya adalah manusia, sebagai insan biasa, rasa sakit hati itu pastinya hinggap didalam diri. Apabila lama memendam rasa sakit hati, maka dendam pula mengambil alih peranan.
Kadang-kadang, apabila mendapat tahu si A mengumpat anda, rasa sakit itu itu akan serta merta muncul dalam diri. Kenapa? Mungkin rasa dikhianati. Mungkin rasa maruah tercalar.
Baik. Itu perasaan yang normal pada seorang manusia biasa.
Tapi, disaat manusia yang bersalah itu didatangi dengan perasaan berdosa dan datang kepada anda untuk memohon maaf dalam keadaan anda masih memendam rasa sakit hati, maka anda memaafkan kerana tercampak sedikit meluat melihat wajah si pesalah.
Walaupun pada masa itu anda sebenarnya tidaklah memaafkan sepenuh hati.
Adakah itu normal? Bagi saya tidak.
Memaafkan Tapi Masih Terluka
Apabila memberi kemaafan yang datangnya bukan dari jiwa, percayalah.. Dendam itu akan tumbuh meliar dalam jiwa. Dan boleh jadi seseorang yang masih berdendam itu akan melakukan perkara-perkara yang lebih kurang sama dengan orang yang pernah mengaibkan atau menjatuhkan air muka seseorang itu.
Saya kira, apabila seseorang itu kononnya memberi kemaafan tapi masih terluka, maka itu bukanlah memberi kemaafan sebenarnya. Itu hanyalah suatu perisa yang menambahkan lagi dendam anda.
Perlukan masa untuk pulih dari luka itu?
Tiada masalah. Ambillah sebanyak mana masa yang anda mahu. Tetapi jangan cuba berbohong dengan diri sendiri apabila memberikan kemaafan kepada orang lain sedangkan saat itu jiwa anda membara-bara dengan melihat wajahnya. Ingat deh sahabat, orang yang bersalah, apabila datang kepada anda untuk memohon maaf dan anda memberi kemaafan tidak sepenuh hati, maka urusannya dengan anda telah selesai. Selebihnya, urusan anda dengan ALLAh Ta’ala pula.
Sekali lagi, itu bukan memaafkan namanya!
Bagi saya sendiri begini, sekiranya hati anda masih belum reda dengan kejadian yang berlaku dan apabila datang si A yang telah membuat hati anda sakit dan marah untuk memohon maaf sedangkan pada masa itu anda belum boleh memaafkan sepenuhnya, maka berkatalah padanya,
“Berikan saya sedikit masa untuk biarkan hati saya reda dahulu.”
Cara itu adalah lebih baik. Biar berterus-terang. Dan dengan cara itu, hati akan lembut sedikit demi sedikit kerana anda tahu, anda meminta diberikan masa untuk mengubati hati yang sedang sakit dilukai manusia lain. Maka dalam masa itu, anda akan cuba belajar untuk memaafkan.
Jangan menganiayai diri sendiri dan orang lain yang memohon kemaafan daripada anda dengan memberinya ketaatan palsu. Mereka sebahagian daripada diri kita.
“Seorang muslim adalah saudara bagi sesama muslim ,kerana itu janganlah menganiaya,jangan membiarkannya teraniaya dan janganlah menghinanya.Taqwa tempatnya disini!Sambil baginda menunjuk ke dadanya sebanyak 3 kali.Alangkah besar dosanya menghina saudara sesama muslim,setiap muslim haram menumpahkan darah saudara sesama muslim.Haram merampas haratanya dan haram mencemarkan kehormatan atau nama baiknya” [Hadis Riwayat Muslim]
Jangan mudah melafazkan kata memaafkan seandainya hati tidak berkata sedemikian!
Memberi Kemaafan Adalah Jalan Terbaik
Sebenarnya, orang yang benar-benar memberi kemaafan akan terlepas dari dendam dan sakit hati apabila mengenangkan perbuatan orang padanya. Sebaliknya, orang yang memberi kemaafan akan tenang dan merasai kelapangan jiwa. MashaAllah.
Memang, sebagai manusia biasa adakalanya berhadapan dengan kesukaran untuk memaafkan orang lain. Tapi ingatlah, sifat orang yang mudah memaafkan itu adalah akhlah muslim yang terpuji.
Justeru, saya kira orang pemaaflah yang paling kuat. Kenapa?
Sebab, sebenarnya walaupun dia berupaya untuk membalas segala perbuatan orang kepadanya, namun dia mengambil jalan untuk memaafkan dengan berusaha untuk ikhlas kerana ALLAh Ta’ala.
Rasulullah SAW pernah bersabda.
“Tidak sempurna keimanan seseorang daripada kalian, sebelum dia mencintai saudaranya (sesama Muslim) sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri.” -HR. Bukhari
Janganlah daripada kita tergolong daripada orang yang berdendam malah ada yang sampai bersumpah untuk tidak memberi sebarang bantuan kepada orang yang bersalah kepada kita sepanjang hidup. Astaghfirullah~
“…dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak suka bahawa ALLAh mengampunimu. Dan ALLAh Maha Pengampun, Maha Penyayang.” – an Nuur : 22
Rasulullah SAW seorang yang pemaaf. Sebab itu Baginda juga menuntut umatnya untuk memaafkan atas kesalahan yang boleh dengan mudah diberikan kemaafan. Aduh! Sungguh malu apabila terkenangkan perjalanan hidup Rasulullah yang bukan saja diumpat, dikatakan gila, malah dibaling batu sehingga luka berdarah. Kalau boleh pada masa itu, boleh saja Baginda meminta kepada ALLAh untuk diturunkan bala seksaan. Malah, Baginda menolak untuk berbuat sedemikian.
MashaAllah. Tabarakallah~
Sekali lagi, memaafkan adalah jalan yang terbaik. Dan, jika belum bersedia untuk memaafkan kerana hati meminta waktu supaya reda, maka katakan terus-terang tentang itu. Jangan memberi kemaafan tatkala masih berdendam. Kerana, ada perhitungan ALLAh Ta’ala untuk itu!
Pssst! Saya tahu anda seorang yang pemaaf dan lembut hati.
Semoga ALLAh merahmati kehidupan anda sekeluarga di dunia dan akhirat. Senyum.
Semoga ALLAh merahmati.


Menipu, Ditipu & Tertipu?



PENIPU

Mana lagi best?
Orang yg Menipu ni mesti la rasa syok kan bila dapat menipu orang yg Ditipu.
Dan orang yg Ditipu tu mesti la kan rasa sakit bila dah Tertipu dengan si Menipu ni kan.
Tapi, apa habuan orang yg Mnipu ni bila dorang dapat menipu orang yg Ditipu & Tertipu ni?
Semua manusia pernah merasai rasanya ketiga2 perasaan sebagai
Menipu, Ditipu dan Tertipu.
Tak pernah setiap orang akan merasa diri dia berperasaan baik mahupun jahat.
Angel vs. Devil




Orang yg Menipu ni sememangnya selalu bg alasan. Apa alasan dorang2 ni?
  • Tak bersalah. Kononnya dgn menipu ni dpt melepaskan diri drp apa hal yg dorang ni terlibat. Terutama sekali hal2 yg tidak baik. Mesti nak nampak good2 je dpn orang yg Ditipu & Tertipu tu kan?
  • Jaga hati. Ni selalu juga terjadi. Tak kisah la, dorang dgn bf/gf dorang ke, kawan2 dorang ke, family dorang ke. Semua ni jadi mangsa la. Jaga hati sebab tak maw org2 yg terlibat ni kecewa/terluka dgn tindakan dorang tu? Err. Manipulasi cerita pun benda boleh jd lagi baik ke? Takot tembelang terpecah ler tuee 
  • Suka/Hobi? Ada juga ke orang cenggini? Ada kot. Mungkin sbb dah selalu sakit hati sangat so bila menipu ni dapat gembira kan hati dan puaskan hati dia yg terluka tu. Return revenge? Then, benda pun jadi la habit dia untuk buat2 lagi.
  • Tak boleh tengok kesenangan orang lain. Yang ni kes jeles la senang cerita. Dorang ni tak boleh tgk orang lain lebih success drp dorang ni. So, dgn menipu cerita2 lawak, kelakar, dongeng yg ditokok tambah dalam hidup dorang ni la, dorang menipu orang di sekeliling dorang. Nak jugak berasa bangga dgn diri dorang yg penuh TIPU tu. Orang cerita Malaysia dia cerita Russia. Kan jaoh menipu nye tu. Bawak2 la bersyukur dgn apa yg korang dah ada tu.


Apa pulak orang yg Ditipu & Tertipu rasa?
  • Kecewa? Itu dah mesti la kan. Dah mcm perasaan wajib utk si Ditipu&Tertipu ni. Kecewa, sedih dan blah blah blah. Siapa tak rasa mcm tu, bila orang yg kita percaya buat mcm tu dekat kita. Rasa mcm tak dihargai la, rasa mcm orang bodoh je kan. 
  • Hilang kepercayaan. "Sekali kau buat aku jgn harap aku nak bg muka dah!" Normal ayat2 orang yg telah ditipu oleh si Menipu. Tapi ada juga orang yg boleh bg peluang utk kali kedua, ketiga dan balh blah blah, sebab nak percaya dekat si polan Menipu ni. Even 100x ditipu pun, si Menipu tetap akan menipu lg. Cuba dkt hati orang yg ketegaq, sekali hang buat aku tak pandang hang lagsung dah.
  • Gossip. Jadi buah mulut la bila si polan kuat Menipu ni selalu menipu orang. Apa lagi, famous la si Menipu ni kan dah orang dok ckp pasal dia je.
  • Putus asa. Ditipu ni akan merasa putus asa bila kerap kali ditipu dgn si Menipu. Hari tu dah kena sekali, hari ni kena lagi, esok kena lagi, tulat pun kena lagi? Alamak kesiannya. Last2 si Ditipu&Tertipu ni pun dah putus asa untuk bg peluang dekat si Menipu ni. "Dulu kau kata nak byr hutang aku harini. Mana?", si Sitipu&Tertipu bertanya. "Malam ni aku byr. Eh, tak. Esok aku byr eh. Ala. Next week aku byr punya", jawab si Menipu. "Saya janji tak buat lagi benda yg sama. Betol ni. Saya menyesal sangat," "Saya tahu saya selalu sgt bg janji, tapi tetap buat benda yg sama. Saya minta kali ni je", kata si Menipu. Si Ditipu&Tertipu pun menjawab "Iyelah awak"


So, korang ni tergolong di kalangan tipu yg mcm mana?
Ke semua korang pernah buat? Hehe.
It's norm semua orang akan buat perkara TIPU ni.
Tp, sehebat mana dia menipu, dan sesakit mana dia ditipu&tertipu kita tak tahu semua tu

What goes around comes around.
Mungkin kita ni dah pernah jadi si Menipu pada waktu dulu.
So, sekarang kita akan menjadi si Ditipu&Tertipu pulak la.

Kita mesti tak nak rasa Ditipu & Tertipu, sebab sakit kan perasaannya.
Oleh itu, elak lah diri dari menjadi seorang Menipu yg professional.
Sebab nanti pasti anda akan menjadi seorang Ditipu&Tertipu yg sangat kecewa. 


http://cikraihana.blogspot.com/2011/08/cerita-si-menipu-ditipu-tertipu.html