Masih Confius nak masuk mana lepas habis belajar ? Sini Cik ade sediakan antara program-program yg boleh korg pilih lepas abez sekolah menengah :)) GoodLuck bebeh <3
Matrikulasi KPM
Program Matrikulasi KPM
terbahagi kepada dua iaitu Program Satu Tahun dan Program Dua Tahun dan
mempunyai 4 jurusan iaitu Sains Hayat, Sains Fizikal, Perakaunan dan
Teknikal. Jurusan Teknikal baru diperkenal pada tahun ini. Sukatan
pelajaran program matrikulasi lebih bersifat terbuka kerana hanya
dibahagikan kepada empat jurusan umum ini.
Jumlah bayaran yang perlu dijelaskan semasa mendaftar adalah cuma RM 220 untuk jurusan Sains dan Teknikal dan RM 212 untuk jurusan Perakaunan. Yuran pengajian dan penginapan ditanggung oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Semasa belajar di kolej matrikulasi, para pelajarnya akan menerima elaun sebanyak RM 1,250 satu semestar.
Jumlah bayaran yang perlu dijelaskan semasa mendaftar adalah cuma RM 220 untuk jurusan Sains dan Teknikal dan RM 212 untuk jurusan Perakaunan. Yuran pengajian dan penginapan ditanggung oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Semasa belajar di kolej matrikulasi, para pelajarnya akan menerima elaun sebanyak RM 1,250 satu semestar.
Lulusan matrikulasi perlu memohon melalui UPU atau Universiti Sains
Malaysia (USM) untuk mengikuti program peringkat ijazah. Mereka yang
mempunyai keputusan cemerlang mempunyai peluang yang lebih cerah untuk
memasuki program pengajian yang diminati. Mereka yang sederhana pula ada
kemungkinan akan mendapat program pengajian yang tidak diminati atau
biasa disebut ‘dilelong’.
Asasi IPTA
Program Asasi pula dikendalikan oleh universiti yang berkenaan di
bawah Kementerian Pengajian Tinggi. Program asasi terbahagi kepada
beberapa jurusan yang khusus serta mengambil masa antara satu hingga dua
tahun. Sukatan pelajaran program asasi lebih bersifat khusus kepada
program pengajian peringkat ijazah yang dijuruskan untuk program asasi
tersebut.
Umpamanya Universiti Malaya
(UM) mempunyai 7 program asasi iaitu Asasi Sains Hayat, Asasi Sains
Fizikal, Asasi Alam Bina, Asasi Pendidikan Islam, Asasi Syariah, Asasi
Usuluddin dan Asasi Pengajian Islam Dengan Sains. Manakala Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
(UIAM) mempunyai 15 program asasi iaitu Asasi Sains Hayat, Asasi Sains
Fizikal, Asasi Sains Kesihatan Bersekutu, Asasi Kejururawatan, Asasi
Farmasi, Asasi Pergigian, Asasi Perubatan, Asasi Sains Kemanusian, Asasi
Bahasa Inggeris, Asasi Bahasa Arab, Asasi Ekonomi dan Sains Pengurusan,
Asasi Seni Bina dan Reka Bentuk Alam Sekitar, Asasi Kejuruteraan dan
Sains Komputer dan Asasi Undang-Undang.
Di samping itu universiti lain yang mempunyai program asasi adalah
Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Putra Malaysia (UPM),
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Pertahanan
Nasional Malaysia (UPNM).
Jumlah bayaran yang perlu dijelaskan semasa mendaftar adalah
bergantung kepada jurusan dan universiti yang berkenaan. Yuran pengajian
dan penginapan perlu ditanggung sendiri oleh pelajar. Walaupun begitu
para pelajar asasi akan ditawarkan pembiayaan wang saku sebanyak RM
1,000 satu semester, yuran pengajian sebanyak RM 350 satu semester dan
yuran penginapan sebanyak RM 300 satu semester.
Lulusan program Asasi UM dan Asasi UiTM masih perlu memohon melalui
UPU atau USM untuk mengikuti program peringkat ijazah tetapi mereka akan
diberi keutamaan untuk memasuki ke universiti program asasi mereka.
Manakala lulusan program asasi yang lain akan diserapkan terus ke
program peringkat ijazah universiti berkenaan jika memenuhi syarat dan
kelayakan yang ditetapkan.
Diploma IPTA
Program Diploma pula diurus dan dikendalikan sendiri oleh pihak
universiti. Program peringkat diploma ini biasanya akan mengambil masa
selama 3 tahun. Kursus di peringkat diploma ini daripada awal lagi telah
dikhususkan kepada bidang-bidang tertentu. Ini bermakna apabila pelajar
berkenaan mengikuti program pengajian diploma mereka telah boleh
merancang masa depan kerjaya dengan lebih tepat.
Hampir semua IPTA ada menawarkan program pengajian peringkat diploma dan seterusnya program peringkat ijazah yang berkaitan.
Jumlah bayaran yang perlu dijelaskan semasa mendaftar adalah
bergantung kepada jurusan dan universiti yang berkenaan. Yuran pengajian
dan penginapan juga perlu ditanggung sendiri oleh pelajar. Para pelajar
boleh memohon biasiswa atau pembiayaan yang lain seperti PTPTN untuk
menampung kos pembelajaran.
Lulusan program diploma boleh terus bekerja jika mereka mahu atau
menyambung pelajaran ke peringkat ijazah. Mereka perlu memohon melalui
UPU atau USM untuk mengikuti program peringkat ijazah. Walaupun begitu
ada juga universiti yang menyerap terus lulusan diploma mereka ke
peringkat ijazah jika memenuhi syarat dan kelayakan yang ditetapkan.
Pilihan Anda
Ketiga-tiga program pengajian ini memang disasarkan kepada calon yang
berbeza. Setiap satu program tersebut mempunyai kelebihan dan
kekurangan yang tersendiri.
Mereka yang mengikuti program asasi dan matrikulasi satu tahun
merupakan antara jalan terpantas untuk memasuki universiti dan
menamatkan program pengajian peringkat ijazah. Secara langsung mereka
akan dapat mula bekerja lebih awal di usia yang muda.
Memandangkan program asasi dan matrikulasi mengambil masa yang
singkat untuk ditamatkan maka mereka yang mengikuti program ini perlu
melalui proses kehidupan dan pembelajaran yang mencabar. Banyak yang
perlu dilakukan dalam masa yang begitu pendek dan perlu fokus serta
mengekalkan prestasi pelajaran dari mula lagi.
Walaupun begitu segala susah payah ini akan dibalas dengan kepantasan
memasuki program pengajian peringkat ijazah dan dunia kerjaya.
Secara umumnya program Matrikulasi KPM sesuai untuk mereka yang belum
begitu pasti kursus apa yang ingin diikuti diperingkat ijazah nanti
kerana sukatan pelajarannya lebih terbuka. Manaka program Asasi pula
sesuai untuk mereka yang sudah pasti apakah kursus yang ingin diikuti
diperingkat ijazah dan universiti yang ingin dimasuki kerana sukatan
pelajaran asasi telah disusun mengikut kursus yang tertentu.
Perbezaan yang paling ketara antara program asasi dan matrikulasi
dengan program diploma adalah tempoh masa pengajian. Program diploma
mengambil masa yang lebih panjang iaitu 3 tahun jadi proses pembelajaran
tidaklah begitu ketat. Di samping itu pelajar diploma mempunyai lebih
peluang untuk membaiki penurunan prestasi kerana ada 6 semestar
berbanding 2 semestar untuk asasi dan matrikulasi setahun.
Namun kerana tempoh masa pembelajaran yang lebih lama maka lepasan
diploma akan lewat memasuki pengajian peringkat ijazah dan akan lambat
mula bekerja. Walaupun begitu ada universiti yang memberi pengecualian
jam kredit kepada lulusan diploma dan ini boleh memendekkan sedikit
tempoh masa pengajian.
Di samping itu lulusan diploma boleh menggunakan diploma mereka untuk
terus bekerja tetapi tidak demikian untuk lulusan asasi dan
matrikulasi. Mereka yang mengambil program asasi dan matrikulasi
dianggap akan meneruskan proses pembelajaran mereka kerana program
tersebut memang disusun sebagai laluan pantas ke universiti.
Sementara itu bagi mereka yang tidak berjaya ke matrikulasi atau
asasi maupun diploma jangan gusar kerana anda masih boleh memasuki
universiti mengikuti program peringkat ijazah. Laluan anda adalah dengan
masuk ke tingkatan 6 dan ambil STPM.
Walau apa pun pilihan anda pastikan anda melaluinya dengan terancang
dan berusaha untuk mencapai yang terbaik demi masa depan yang cemerlang.
Pastikan anda tidak mengulangi kesilapan dan kelemahan semasa SPM
dahulu. Pada peringkat ini sepatutnya anda telah mengenai diri anda
sendiri dan tahu apakah minat, kemampuan dan kekuatan masing-masing.
All the best!!
TERIMA KASIH. SEKARANG SAYA LEBIH FAHAM PERBEZAAN ANTARA MATRIKULASI , ASASI DAN DIPLOMA.:)
ReplyDeleteAlhamdulillah. Terima kasih . Info yang baik. Saya kongsikan dalam fb saya Puanshaunikop ye sebagai maklumat umum kepada yang lain. Semoga anda dipermudahkan urusan.
ReplyDelete