5 SEBAB MENJADIKAN BER”COUPLE” HARAM
Pada asasnya, hukum bercinta-kasih, berpasangan (couple) atau
seumpamanya adalah harus. Akan tetapi terdapat beberapa perkara/tindakan
yang boleh menyebabkannya menjadi HARAM. Antaranya :
PERTAMA: TIDAK MEMPUNYAI NIAT YANG BAIK ATAU SEBALIKNYA Sesebuah
perhubungan ˜istimewa” antara seorang lelaki dan wanita seharusnya
didasari dengan niat yang baik seperti bertujuan untuk berkahwin.
Justeru sebarang perhubungan yang tidak bertujuan seperti tersebut
adalah tidak harus seperti bercouple untuk berhibur, bersuka-suka dan
sebagainya.
KEDUA: TIDAK MEMATUHI (MELAMPAUI) SYARIAT AGAMA Lumrah bercouple seakan
tidak dapat lari dari aktiviti seperti ber”dating”, ber”shoping” dan
sebagainya hatta ada yang sampai ke peringkat “membonceng”. Tidak kurang
juga (tanpa segan silu) menggunakan istilah-istilah yang kononnya
menunjukkan sikap “caring” seperti memanggil darling kepada pasangannya.
Paling tidak, pasti di dalam pertemuan(dating) akan berlaku pandangan
mata yang tidak harus, perbicaraan yang tidak wajar dan seumpamanya.
Semua perlakuan ini adalah bercanggah dengan ajaran Islam yang
mengharamkan perhubungan bebas di antara lelaki dan perempuan. Yang
paling penting, apabila Syariat Islam mengharamkan sesuatu
perkara/perbuatan, maka wasilah atau tindakan yang menuju kepada perkara
yang diharamkan tersebut juga turut diharamkan. Kaedah Fiqh ada
menyebutkan : sesuatu yang membawa kepada yang haram, maka ia juga
menjadi haram. Justeru berdasarkan kaedah ini, maka bercouple yang
membawa kepada perlanggaran hukum syariat juga adalah haram.
KETIGA: MENJATUHKAN MARUAH (PERIBADI) SEORANG WANITA
Apabila pasangan yang bercouple berdating, maka peribadi seorang wanita
muslimah akan dipersoalkan. Khalayak tidak akan berbicara tentang si
lelaki yang bercouple tersebut, tetapi si perempuan. Masyarakat akan
bertanya bagaimana begitu mudah si perempuan tersebut membiarkan dirinya
diusung(maaf jika agak keterlaluan) ke sana-sini atau setidak-tidaknya
umum akan menganggap bahawa perempuan tersebut telah dimiliki. Kesan
buruk yang mungkin dihadapi ialah apabila berlaku perpisahan antara
pasangan tersebut. Masyarakat akan mula membuat pelbagai tanggapan
negatif terhadap si perempuan tersebut. Prasangka-prasangka negatif akan
direka dan dihebahkan. Akhirnya berlakulah tohmahan-tohmohan yang
menjatuhkan maruah dan kehormatan seorang wanita. Ingatlah bahawa Islam
amat memprihatinkan penjagaan maruah seorang wanita. Di atas dasar
itulah adanya hukum Qazaf dan kerana tujuan tersebut jugalah Islam
mengharamkan perhubungan yang di luar batasan. Sebabnya adalah kerana
Islam memelihara kehormatan seorang wanita.
KEEMPAT: MEMBAZIRKAN WANG KEPADA PERKARA YANG TIDAK WAJAR
Di dalam budaya bercouple, biasanya pasangan lelaki akan banyak
menghabis duit pinjaman PTPTN, JPA, yayasan negeri (bagi mahasiswa IPT)
atau duit pemberian ibubapa untuk memenuhi kehendak pasangan wanitanya.
Ajak saja dinner, lunch, breakfeast atau bershoping pasti si lelaki yang
perlu mengeluarkan duit poketnya. Terdapat juga keadaan di mana si
perempuan yang berbelanja si lelaki. Itu belum dikira dengan pembeliaan
kad top-up handset yang out of control. Hanya kerana call untuk tanya
khabar, dah makan ke belum, ada yang sanggup mentop up handset mereka
beberapa kali dalam seminggu. Cuba bayangkan jumlah wang perlu
dibazirkan hanya untuk perkara yang sangat remeh dan tidak perlu. Paling
menyedihkan, wang tersebut adalah pemberian keluarga yang seharusnya
digunakan bagi tujuan pengajian. Begitu juga wang pinjaman PTPTN, ia
adalah hutang yang perlu dibayar selepas tamat pengajian. Justeru,
penggunaan kedua-dua jenis wang ini kepada perkara yang tidak wajar
adalah tidak harus dan ditegah oleh syarak. Perbuatan membazir dan
menyalahgunakan harta juga adalah amalan syaitan.(Rujuk Al-Israa ayat
27)
KELIMA: MEMBUANG MASA KEPADA PERKARA YANG TIDAK SEWAJARNYA
Seperkara yang wajar diprihatinkan di sini ialah penggunaan waktu kepada
perkara yangtidak bermanfaat. Lebih malang lagi, masa yang amat terhad
sebagai seorang mahasiswa telah diisi dengan perbuatan-perbuatan yang
ditegah oleh Allah. Bukankah berdating, berbual telefon secara marathon
dan lain-lain aktiviti rutin bercouple merupakan perbuatan yang
menyimpang dari anjuran agama. Justeru setiap saat dan minit yang
digunakan bagi tujuan tersebut akan dipersoal dan diperbicarakan di
hadapan Allah. Perlu diingat bahawa Islam bukan mengharamkan secara
total perkara yang dinyatakan di atas. Islam tidak menghalang perbuatan
tersebut, tetapi meletakkan beberapa prasyarat yang perlu dipenuhi.
Sekiranya kita gagal mengikut syarat-syarat tersebut, maka status
perbuatan tersebut menjadi HARAM serta menjauhkan diri pelaku daripada
kasih sayang dan cinta Allah.
(Rujuk kitab al-Halal wal Haram Fil Islam, Dr. Yusuf Al-Qardhawi)
BERCOUPLE, setiap kali kita mendengarnya akan terlintas di benak kita
sepasang insan yang sedang mabuk cinta dan dilanda asmara. Saling
mengungkapkan rasa sayang serta rindu, yang kemudiannya memasuki sebuah
biduk pernikahan.Lalu Kenapa harus dipermasalahkan? Bukankah cinta itu
fitrah setiap anak adam? Bukankah setiap orang memerlukan masa penyesuaian sebelum pernikahan?
CINTA, Fitrah Setiap Manusia, MANUSIA diciptakan oleh ALLAH SWT dengan
membawa fitrah (insting) untuk mencintai lawan jenisnya. Sebagaimana
firman-NYA; Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada
apa-apa yang diingini, iaitu wanita-wanita,anak-anak, harta yang banyak
dari jenis emas,perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dansawah
lading. Itulah kesenangan hidup di dunia,dan di sisi ALLAH lah tempat
kembali yang baik(Syurga). (Ali Imran: 14).
Berkata Imam Qurthubi: ALLAH SWT memulaidengan wanita kerana kebanyakan
manusiamenginginkannya, juga kerana mereka merupakan jerat-jerat syaitan
yang menjadi fitnah bagi kaum lelaki, sebagaimana sabda Rasulullah SAW; Tiadalah aku tinggalkan setelahku selain fitnah yang lebih
berbahaya bagi lelaki daripadawanita. (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim,
Tirmidzi,Ibnu Majah)
Oleh kerana cinta merupakan fitrah manusia, maka ALLAH SWT menjadikan
wanita sebagai perhiasan dunia dan nikmat yang dijanjikan bagi
orang-orangberiman di syurga dengan bidadarinya.
Dari Abdullah bin Amr bin Ash .a. berkata; Rasulullah SAW bersabda;
Dunia ini adalahperhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalahwanita yang
solehah. (Hadis Riwayat Muslim,NasaI, Ibnu Majah, Ahmad, Baihaqi)
ALLAH berfirman; Di dalam syurga-syurga itu ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik.
(ar-Rahman: 70)
Namun, Islam tidak membiarkan fitnah itu mengembara tanpa batasannya.
Islam telah mengatur dengan tegas bagaimana menyalurkan cinta, juga
bagaimana batasan pergaulan antaradua insan berlawanan jenis sebelum
nikah, agar semuanya tetap berada pada landasan etika dannorma yang
sesuai dengan syariat.
SETELAH memerhatikan ayat dan hadis tadi, makatidak diragukan lagi bahawa bercouple itu haram,kerana beberapa sebab berikut:
1.Orang yang bercouple tidak mungkin menundukkan pandangannya terhadap kekasihnya.
2.Orang yang bercouple tidak akan boleh menjaga hijab.
3.Orang yang bercouple biasanya sering berdua-duaan dengan pasangan kekasihnya, baik di dalam rumah atau di luar rumah.
4.Wanita akan bersikap manja dan mendayukan suaranya saat bersama kekasihnya.
5.Bercouple identik dengan saling menyentuh antara lelaki dan wanita, meskipun itu hanya berjabat tangan.
6.Orang yang bercouple, boleh dipastikan selalu membayangkan orang yang dicintainya.
Dalam kamus bercouple, hal-hal tersebut adalah lumrah dilakukan, padahal
satu hal saja cukupuntuk mengharamkannya, lalu apatah lagikesemuanya
atau yang lain-lainnya lagi?
Fatwa Ulama Syaikh Muhammad bin Shaleh al-Utsaimin ditanya tentang
hubungan cinta sebelum nikah. Jawab beliau; Jika hubungan itu sebelum
nikah,baik sudah lamaran atau belum, maka hukumnyaadalah haram, kerana
tidak boleh seseorang untukbersenang-senang dengan wanita asing
(bukanmahramnya) baik melalui ucapan, memandang,
atau berdua-duaan. Sebagaimana Rasulullah SAWbersanda: Janganlah seorang
lelaki bedua-duaandengan seorang wanita kecuali ada bersama-sama
mahramnya, dan janganlah seseorangwanita berpergian kecuali bersama
mahramnya.Syaikh Abdullah bin abdur Rahman al-Jibrinditanya; Jika ada
seseorang lelaki yang berkoresponden dengan seorang wanita yangbukan
mahramnya, yang pada akhirnya mereka saling mencintai, apakah perbuatan
itu haram?
Jawab beliau; Perbuatan itu tidak diperbolehkan,kerana boleh menimbulkan
syahwat di antara keduanya, serta mendorongnya untuk bertemu
danberhubungan, yang mana koresponden semacam itu banyak menimbulkan
fitnah dan menanamkandalam hati seseorang untuk mencintai penzinaan yang
akan menjerumuskan seseorang pada perbuatan yang keji, maka dinasihati
kepada setiaporang yang menginginkan kebaikan bagi dirinya untuk
menghindari surat-suratan, pembicaraan melalui telefon, serta perbuatan
semacamnya demimenjaga agama dan kehormatan dirinya.
Syaikh Jibrin juga ditanya; Apa hukumnya kalauada seorang pemuda yang
belum menikah menelefon gadis yang juga belum menikah?Jawab beliau;
Tidak boleh berbicara dengan wanita asing (bukan mahram)
denganpembicaraan yang boleh menimbulkan syahwat,seperti rayuan, atau
mendayukan suara (baikmelalui telefon atau lainnya). Sebagaimana firman
ALLAH SWT; Dan janganlah kalian melembutkan suara, sehingga berkeinginan
orang-orang yang berpenyakit di dalam hatinya. (al-Ahzaab: 32). Adapun
kalau pembicaraan itu untuk sebuah keperluan, maka hal itu tidak mengapa
apabila selamat daripada fitnah, akan tetapi hanya sekadar keperluan.
Syubhat Dan Jawapan Yang Sebenarnya
Keharaman bercouple lebih jelas dari matahari di siang hari. Namun
begitu masih ada yang berusaha menolaknya walaupun dengan dalil yang
sangat rapuh, antaranya:
Tidak Boleh dikatakan semua cara bercouple itu haram, kerana mungkin ada
orang yang bercouple mengikut landasan Islam, tanpa melanggar syariat
Jawabnya: Istilah bercouple berlandaskan Islam itu Cuma ada dalam
khayalan, dan tidak pernah ada wujudnya. Anggap sajalah mereka boleh
menghindari khalwat, menyentuh serta menutup aurat. Tetapi tetap tidak
akan boleh menghindari dari saling memandang, atau saling membayangkan
kekasihnya dari masa ke semasa. Yang mana hal itu jelas haram
berdasarkan dalil yang kukuh.
Biasanya sebelum memasuki alam perkahwinan, perlu untuk mengenal
terlebih dahulu calon pasangan hidupnya, fizikal, karaktor, yang mana
hal itu tidak akan boleh dilakukan tanpa bercouple, kerana bagaimanapun
juga kegagalan sebelum menikah akan jauh lebih ringan daripada kalau
terjadi setelah menikah.
Jawabnya: Memang, mengenal fizikal dan karaktorcalon isteri mahupun
suami merupakan satu hal yang diperlukan sebelum memasuki alam
pernikahan, agar tidak ada penyesalan di kemudian hari. Namun, tujuan
ini tidak boleh digunakan untuk menghalalkan sesuatu yang telah sedia
haramnya.
No comments:
Post a Comment