Friday, 30 November 2012

Kerjaya Seorang Peguam

KERJAYA SEORANG PEGUAM YANG SERING DIPANDANG SERONG


Selamat membaca kepada pembaca. Lama juga tak update blog ye.
tercetus meletupus idea tajuk nie sebab saya sering ditanya mengenai keburukan kerjaya ini dan bukanlah kebaikan yang dipandang.(whats wrong eh?)



PEGUAM TERDIRI DARIPADA PEGUAMBELA DAN PEGUAM CARA.
untuk kes jenayah adalah antara PENDAKWARAYA dan PEGUAMBELA
untuk kes sivil adalah antara PEGUAMCARA DAN PEGUAMBELA
jadi tugas peguam bukanlah hanya bela orang 'jahat' je.

"Sebelah kaki masuk neraka"

Biasa dengar kan?Sabar jelah...abis mengumpat dan mengata orang dan tak mintak maaf tu buka dosa jugak ke?
Kenapa orang kata "oi peguam jahat sebab bela orang yang salah.BELA ORANG JAHAT katanya"
Tahukah anda dituduh tak semestinya orang tu yang buat jahat...nama pun DITUDUH.ape perasaan korang, korang tak makan pun kuih tu tapi semua orang cakap korang makan sebab korang je yang ada kat dapur tu?(apa kene mengena dengan kuih pulak)
ahh tak kisahlah...neraka dan syurga adalah Allah je yang tahu bergantung pada amalan masing-masing.korang semuanya yang tak elok je sikit masuk neraka..kalau orang tu bertaubat.macam mana?

"lawyer@peguam jahat"

Baru dengar kes kes lawyer bunuh orang dah korang buat kesimpulan lawyer SEMUA JAHAT.isk-isk..
bukanlah saya nak backup lawyer "tu" tapi fikirlah secara logik pulak, bukan semua lawyer macam tu, itu masalah peribadi bukan kerjaya
abis tu kalau client tak bayar fees pulak korang tak kire lak macam mana kan?dah penat-penat lawyer tu bagi dia menang dan lepas penjara ke atau menang claim ke,tapi lawyer tak dibayar...SAPA JAHAT TU?

"Bayar lawyer mahal, lawyer cekik darah"

Kenapa lah ye, kalau rasa mahal tak payah engage lawyer la.dan tak payah komplen. Kenapa mahal?
Pertama nak belajar law susah tau tak...siap failed subjek dan repeat2.korang yang belajar law satu subjek pun kata susah apetah lagi yang belajar semua law....

korang tu tau tak paling cepat habis belajar law pun 5 tahun, itu termasuk asasi setahun, degree 3 tahun dan profesional degree setahun.tu paling cepatlah...5 TAHUN tau tak betapa lamanya?macam amik diploma+ degree..isk-isk...
ada orang amik asasi 1 tahun setengah+degree 4 tahun pula...da berapa lak 5 TAHUN SETENGAH
dah belajar susah-susah kene buat chambering 9bulan yang application punyelah susahh..gaji berdasarkan elaun....paling2 koman pun 6 tahun COMPLETE LAH SEMUANYA NAK JADI LAWYER.macam jadi dokter pun ada dah

Lepastu jadi lawyer hijau (junior) dengan gaji kecik...susah payah tau...korang sedap2 nak menang kes tapi bayar murah...pastu komplen...FIKIRLAH berbaloi tak gaji lawyer mahal?PROFESIONAL mana ada murah2=)


Itu 3 perkara negetif yang selalu masyarakat pandang lah. Ini pula di sebalik kenegetifan korang tu.  Didapati dari here




Soalan:
Ada seorang ustaz aliran tradisional tempat saya ni bertegas bahawa sesiapa yg 
kerja sebagai lawyer/hakim atau yang seumpamanya (non-syariah legislation)
akan masuk neraka lantaran pekerjaan mereka itu. Ini kerana mereka menggunakan & mengiktiraf hukum-hakam ciptaan barat/manusia (cth: Brit common law) instead of hukum-hakam dari Al-Quran dan Sunnah. Bagaimana tu?
Jawapan:

بسم الله

والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد
Lawyer atau peguam, menurut istilah feqah ialah: ‘wakil dalam perbicaraan’. Seseorang yang berhadapan kes mahkamah mewakilkan individu yang layak sebagai jurubicara bagi pihak dirinya.
Dimaklumi dalam syarak, wakalah (perwakilan) seperti ini adalah HARUS pada asalnya. Jadi, pada dasarnya profesyen lawyer/peguam adalah berkaitan ‘wakalah fi al-Khusumah’ (perwakilan dalam perbicaraan), yang dimaklumi keharusannya. Dan fuqaha memperincikan hukum ini dalam kitab al-Wakalah.
Mewakilkan individu lain dalam perbicaraan (istilah sekarang: lantik peguam) berlaku pada zaman sahabat, sebagaimana Ali r.a. mewakilkan Aqil bin Abi Talib r.a., dan selepas Aqil berusia, Ali mewakilkan Abdullah bin Jaafar. Sunan Baihaqi (no: 11219).
Berkaitan dengan hukum menjadi peguam/lawyer dalam sistem perundangan yang tidak berhukum dengan syariat (bukan semua undang-undang itu menyalahi syariat), perlu difahami bahawa undang-undang itu bukanlah digubal oleh peguam itu. Jadi, bukan dia yang menanggung dosa tersebut. Yang bertanggungjawab ialah penggubalnya. Dasar dalam syarak, seseorang tidak menanggung dosa yg dilakukan oleh orang lain.
Cuma seseorang peguam Islami mestilah menjaga beberapa perkara spt:
i- tidak boleh menuntut supaya dilaksanakan undang-undang yang bercanggahan dengan Islam.
ii- tidak boleh menjadi peguam kepada seseorang yang diketahui bahawa dia di pihak yang salah.
iii- jika peguam itu mendapati ketika perbicaraan bahawa anak guamnya di pihak yang bersalah, maka wajiblah dia menarik diri daripada mewakilinya.
-rujukan: Fatawa Mustafa al-Zarqa’ m/s 379-381.
(Syeikh Mustafa al-Zarqa’ adalah seorang ulama Syria, wafat tahun 1420H. Beliau pernah menjadi peguam di Syria selama 10 tahun, dan meninggalkan profesyen tersebut kerana beliau meletakkan syarat dalam guamannya, iaitu jika dia dapati anak guamnya di pihak yg batil, beliau menarik diri daripada mewakilinya. Syarat seperti ini menyebabkan orang tidak mahu mengambilnya peguam. Kemudian, beliau menumpukan kepada bidang akedemik. Rahimahullah)
Jawapan asal penulis di Al-Ahkam.Net

2 comments:

  1. nak tanya ...apa beza peguam dan pendakwa raya? and keje diorg ni ada kaitan ke dgn siasatan mcm dlm drama korea tu?...

    ReplyDelete
  2. Apa perbezaan peguam dengan pendakwa raya?

    ReplyDelete