Yes~ Cik taw mesti ade rakan2 yg ade masalah kulit kan? Heeeee 'oppssss kulit berjerawat' , 'ohhh nooo ! kulit berminyak la ' errmmm normal baitu :) sebagai seorang remaja yg hendak meningkat remaja,mmg akan berlaku perubahan hormon.. So,rakan2 sume mesty la bijak menjaga muka ok ~ Kat sini Cik nak share ler sikit ngan kawan2 pasal penjagaan kulit :)
Penjagaan muka sering kali dikaitkan dengan wanita. Tetapi lelaki juga
sepatutnya menitik beratkan penjagaan muka. Supaya muka kita nampak
bersih, tidak berminyak dan sentiasa terjaga. Peliharalah nikmat
kecantikan yang Allah sudah bagi. Setiap insan suka memandang akan
kecantikan, tidak menjadi suatu isu jika kita sentiasa menitik beratkan
nilai kecantikan selagi kita mengikut batas-batas yang telah ditetapkan
dalam Islam.
So sini Cik sediakan tips2 agar korg sume bole ler melakukan perubahan dalam penjagaan wajah :)
Petua mencerah menghalus dan melicinkan kulit :
1-Sebiji timun di buang kulit kemudian di ‘blend’kan. Selepas itu tapiskan
hasil ‘blend’ tersebut dan sapukan pada kulit muka. Biarkan selama 20
minit supaya ia dapat meresap jauh ke dalam kulit. Seelok-eloknya
dilakukan sebelum tidur.
Atau
2-Air nasi. Ambil air nasi yang ditanak sebelum ia kering sebanyak 2 sudu.
Semasa ia masih suam lumurkan pada muka. Tunggu sehingga muka anda
kering dan kemudian bilas.
Atau
3-Ambil sebiji kentang yang telah dibuang kulitnya. Campurkan dengan
kuning telur dan lumurkan pada muka anda. Tunggu sehingga kering
kemudian bilas dengan air suam.
Masalah jerawat :
1- Ambil sebatang daun lidah buaya yang sudah dibersihkan. Rebuskan daun
lidah buaya tersebut dengan menggunakan api yang kecil sahaja. Lendir
dari daun tersebut dikeluarkan dan disapukan pada bahagian muka yang
mempunyai jerawat. Lakukannya sebelum anda tidur.
Kulit kering dan penyeri wajah :
Bibir Merah Semulajadi :
1- Sapukan sedikit mentega @ marjerin sebelum tidur.. Amalkan selalu .
Memerahkan Bibir yang Hitam :
1- Ambil 3 Helai daun sirih,perah airnya yang berwarna merah kemudian sapu pada bibir pada waktu malam.
No comments:
Post a Comment