Friday, 30 November 2012

Siapa itu Peguam


Peguam
Peguam memberikan nasihat undang-undang yang berhubung dengan berbagai-bagai perkara kepada pelanggannya dan membela kes atau menjalankan pendakwaan di mahkamah atau mengarahkan barrister atau peguam bela untuk membela di mahkamah yang lebih tinggi.







Anggaran Gaji
  • Sektor Awam (RM) : 1,700 – 5,200
  • Sektor Swasta (RM) : 1,960 – 4,280


Tahap Pendidikan
  • Ijazah Sarjana Muda Perundangan


Contoh Institusi
  • Universiti Malaya
  • Universiti Sains Malaysia
  • Universiti Teknologi Mara
  • Universiti Malaysia Sarawak
  • Universiti Teknologi Malaysia
  • Universiti Putra Malaysia
  • Institut Teknologi Tun Hussein Onn
  • Kolej Tunku Abdul Rahman
  • Universiti Malaysia Sabah


Senarai Tugas
  • Mewakili pelanggan di mahkamah rendah atau mengarahkan barrister atau peguam bela membela kes di mahkamah yang lebih tinggi;
  • Membantu pelanggan merundingkan penyelesaian dalam hal yang melibatkan pertikaian undang-undang;
  • Mendraf perundangan dan menyediakan peraturan kerajaan berdasarkan undang-undang yang sedia ada;
  • Memberikan nasihat undang-undang berhubung dengan berbagai-bagai perkara kepada pelanggannya (termasuk kerajaan) dan Menjalankan urusan undang-undang bagi pihak pelanggan;
  • Menjalankan penyelidikan ke atas teori dan prinsip undang-undang dan hubungannya dengan undang-undang tertentu atau penghakiman mahkamah;
  • Menerima arahan dan membela di mahkamah yang lebih tinggi;
  • Menyediakan pembelaan atau kes bagi plaintif atau defenden dan menjalankannya di mahkamah;
  • Memeriksa keadaan pertikaian atau jenayah yang dilaporkan untuk memastikan fakta dan implikasi undang-undangnya;
  • Menyediakan dokumen undang-undang, wasiat, afidavit, dan kontrak serta mengendalikan sumpah;
  • Bertindak sebagai pendakwa bagi pihak kerajaan dalam kes jenayah;


Contoh Pekerjaan Lain
  • Pegawai undang-undang pendakwa
  • Pegawai undang-undang gubalan
  • Pegawai undang-undang peguamcara
  • Pegawai undang-undang penasihat
  • Pegawai undang-undang biro bantuan guaman
  • sumber 

No comments:

Post a Comment