- Di antara keistimewaan syariat Islam ialah mengambil berat pada menegakkan
keadilan dan memberi kepada setiap orang akan haknya dengan tidak melampaui atau
mengurangi batasan. Allah telah menyuruh kita supaya berlaku adil dan membuat kebaikan.
Atas sebab keadilanlah maka diutuskan para rasul dan diturunkan kitab-kitab Allah,
begitulah tegaknya hukum Allah di dunia dan akhirat. Islam mewajibkan semua penganutnya
supaya membela dirinya atau keluarganya atau maruahnya apabila menempuh kezaliman atau
ancaman. Dari itu jika seseorang itu telah dituduh di dalam sesuatu perkara
"case" sedang ia percaya dirinya tidak bersalah, hendaklah ia membela dirinya.
Kalaulah keadaan tidak membolehkan ia membela dirinya secara peribadi sehingga ia terdesak
untuk mendapatkan bantuan guaman, bolehlah ia menempah seorang peguam. Hukum syarak
mengenai penempahan peguam demi membela diri atau sebagainya dengan secara hak dan
menegakkan keadilan adalah harus.
- Tugas sebenar seorang peguam ialah membela hak-hak orang ramai dalam perkara yang
berkaitan dengan undang-undang. Ini adalah satu pekerjaan yang mulia dan terhormat di sisi
agama Islam. Kerana menegakkan kebenaran dan menolak sebarang bencana dan kezaliman adalah
satu daripada prinsip Islam sebagaimana firman Allah swt dalam surah An-Nisaa, ayat 135:
ertinya: "Hai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu tegakkan keaddan serta
menjadi saksi atas kebenaran kerana Allah, meskipun terhadap dirimu sendiri atau terhadap
ibu bapa dan karib kRerabatmu. "
:: Membiarkan dirimu dibuai perasaan samalah seperti membenarkan diri dibuai oleh syaitan kerana ia suka kepada orang yang berkhayal. Menyedari kesalahan sendiri adalah lebih baik daripada menegur kesalahan yang dilakukan oleh orang lain ::
Friday, 30 November 2012
PEKERJAAN SEBAGAI PEGUAM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment