KERJAYA SEORANG PEGUAM YANG SERING DIPANDANG SERONG
Selamat membaca kepada pembaca. Lama juga tak update blog ye.
tercetus
meletupus idea tajuk nie sebab saya sering ditanya mengenai keburukan
kerjaya ini dan bukanlah kebaikan yang dipandang.(whats wrong eh?)
PEGUAM TERDIRI DARIPADA PEGUAMBELA DAN PEGUAM CARA.
untuk kes jenayah adalah antara PENDAKWARAYA dan PEGUAMBELA
untuk kes sivil adalah antara PEGUAMCARA DAN PEGUAMBELA
jadi tugas peguam bukanlah hanya bela orang 'jahat' je.
"Sebelah kaki masuk neraka"
Biasa dengar kan?Sabar jelah...abis mengumpat dan mengata orang dan tak mintak maaf tu buka dosa jugak ke?
Kenapa orang kata "oi peguam jahat sebab bela orang yang salah.BELA ORANG JAHAT katanya"
Tahukah
anda dituduh tak semestinya orang tu yang buat jahat...nama pun
DITUDUH.ape perasaan korang, korang tak makan pun kuih tu tapi semua
orang cakap korang makan sebab korang je yang ada kat dapur tu?(apa kene
mengena dengan kuih pulak)
ahh
tak kisahlah...neraka dan syurga adalah Allah je yang tahu bergantung
pada amalan masing-masing.korang semuanya yang tak elok je sikit masuk
neraka..kalau orang tu bertaubat.macam mana?
"lawyer@peguam jahat"
Baru dengar kes kes lawyer bunuh orang dah korang buat kesimpulan lawyer SEMUA JAHAT.isk-isk..
bukanlah
saya nak backup lawyer "tu" tapi fikirlah secara logik pulak, bukan
semua lawyer macam tu, itu masalah peribadi bukan kerjaya
abis
tu kalau client tak bayar fees pulak korang tak kire lak macam mana
kan?dah penat-penat lawyer tu bagi dia menang dan lepas penjara ke atau
menang claim ke,tapi lawyer tak dibayar...SAPA JAHAT TU?
"Bayar lawyer mahal, lawyer cekik darah"
Kenapa lah ye, kalau rasa mahal tak payah engage lawyer la.dan tak payah komplen. Kenapa mahal?
Pertama nak belajar
law susah tau tak...siap failed subjek dan repeat2.korang yang belajar
law satu subjek pun kata susah apetah lagi yang belajar semua law....
korang
tu tau tak paling cepat habis belajar law pun 5 tahun, itu termasuk
asasi setahun, degree 3 tahun dan profesional degree setahun.tu paling
cepatlah...5 TAHUN tau tak betapa lamanya?macam amik diploma+
degree..isk-isk...
ada orang amik asasi 1 tahun setengah+degree 4 tahun pula...da berapa lak 5 TAHUN SETENGAH
dah
belajar susah-susah kene buat chambering 9bulan yang application
punyelah susahh..gaji berdasarkan elaun....paling2 koman pun 6 tahun
COMPLETE LAH SEMUANYA NAK JADI LAWYER.macam jadi dokter pun ada dah
Lepastu
jadi lawyer hijau (junior) dengan gaji kecik...susah payah tau...korang
sedap2 nak menang kes tapi bayar murah...pastu komplen...FIKIRLAH
berbaloi tak gaji lawyer mahal?PROFESIONAL mana ada murah2=)
Itu 3 perkara negetif yang selalu masyarakat pandang lah. Ini pula di sebalik kenegetifan korang tu. Didapati dari here
Soalan:
Ada seorang ustaz aliran tradisional tempat saya ni bertegas bahawa sesiapa yg
kerja sebagai lawyer/hakim atau yang seumpamanya (non-syariah legislation)
akan
masuk neraka lantaran pekerjaan mereka itu. Ini kerana mereka
menggunakan & mengiktiraf hukum-hakam ciptaan barat/manusia (cth:
Brit common law) instead of hukum-hakam dari Al-Quran dan Sunnah.
Bagaimana tu?
Jawapan:
بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد
Lawyer
atau peguam, menurut istilah feqah ialah: ‘wakil dalam perbicaraan’.
Seseorang yang berhadapan kes mahkamah mewakilkan individu yang layak
sebagai jurubicara bagi pihak dirinya.
Dimaklumi
dalam syarak, wakalah (perwakilan) seperti ini adalah HARUS pada
asalnya. Jadi, pada dasarnya profesyen lawyer/peguam adalah berkaitan
‘wakalah fi al-Khusumah’ (perwakilan dalam perbicaraan), yang dimaklumi
keharusannya. Dan fuqaha memperincikan hukum ini dalam kitab al-Wakalah.
Mewakilkan
individu lain dalam perbicaraan (istilah sekarang: lantik peguam)
berlaku pada zaman sahabat, sebagaimana Ali r.a. mewakilkan Aqil bin Abi
Talib r.a., dan selepas Aqil berusia, Ali mewakilkan Abdullah bin
Jaafar. Sunan Baihaqi (no: 11219).
Berkaitan
dengan hukum menjadi peguam/lawyer dalam sistem perundangan yang tidak
berhukum dengan syariat (bukan semua undang-undang itu menyalahi
syariat), perlu difahami bahawa undang-undang itu bukanlah digubal oleh
peguam itu. Jadi, bukan dia yang menanggung dosa tersebut. Yang
bertanggungjawab ialah penggubalnya. Dasar dalam syarak, seseorang tidak
menanggung dosa yg dilakukan oleh orang lain.
Cuma seseorang peguam Islami mestilah menjaga beberapa perkara spt:
i- tidak boleh menuntut supaya dilaksanakan undang-undang yang bercanggahan dengan Islam.
ii- tidak boleh menjadi peguam kepada seseorang yang diketahui bahawa dia di pihak yang salah.
iii-
jika peguam itu mendapati ketika perbicaraan bahawa anak guamnya di
pihak yang bersalah, maka wajiblah dia menarik diri daripada
mewakilinya.
-rujukan: Fatawa Mustafa al-Zarqa’ m/s 379-381.
(Syeikh
Mustafa al-Zarqa’ adalah seorang ulama Syria, wafat tahun 1420H. Beliau
pernah menjadi peguam di Syria selama 10 tahun, dan meninggalkan
profesyen tersebut kerana beliau meletakkan syarat dalam guamannya,
iaitu jika dia dapati anak guamnya di pihak yg batil, beliau menarik
diri daripada mewakilinya. Syarat seperti ini menyebabkan orang tidak
mahu mengambilnya peguam. Kemudian, beliau menumpukan kepada bidang
akedemik. Rahimahullah)
Jawapan asal penulis di Al-Ahkam.Net
nak tanya ...apa beza peguam dan pendakwa raya? and keje diorg ni ada kaitan ke dgn siasatan mcm dlm drama korea tu?...
ReplyDeleteApa perbezaan peguam dengan pendakwa raya?
ReplyDelete