Tuesday, 21 January 2014

Ajal Maut di Tangan Allah

Bismillahirrahmannirrahim..

Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk menghirup udara segar, nikmat pemberian Allah SWT. Allahu Akbar..

Semua tahu, hidup di dunia bukan lah yang kekal abadi.. 
Siapa sangka, orang yang baru kita jumpa, tuptup dapat berita dah pergi menghadap Ilahi. 
Itu bermakna, ajalnya sudah sampai.. 
Allah lebih sayangkan dia..
Kita yang masih hidup, teruskan kehidupan..
Banyak melakukan amal ibadat disamping perkara-perkara sunat..
Ajal, maut x berbau..
Kita x tau pun bila kita akan "dipanggil".. Allahu Akbar
Moga-moga kita dijemput kelak dalam keadaan yang beriman..

Coretan ni khas untuk arwah Siti Maisarah Joefrey..
Semalam baru kita ketemu..
Walau perit ku lihat keadaanmu, tapi aku tahu, kau tabah menghadapi dugaan & ujian yang telah ditetapkan oleh Allah..
Semoga kak Mai tergolong dalam kalangan orang-orang yang soleh..
Tunggu lah kami di pintu syurga-Nya..

Al-Fatihah & salam takziah buat kak may sekeluarga..

Monday, 17 June 2013

Mengapa aku diuji?

Assalamualaikum :)


After 2 Months !!

Andai ada kuase utk ku balas balik apa yg telah dilakukan, pasti akan ku balas 

dengan lebih kejam!  Tapi sebaik-baik perancangan manusia,BAIK lagi perancangan 

ALLAH. Kenapa? Selama 2 bulan, aku dapat motivated diri "kenapa benda ni jadi kat

 aku?" "kenapa tak orang lain?" "kenapa dia buat mcm ne kat aku!!!!?" Hampir 3 

minggu sebelum exam besar, kemurungan melanda diri. kenapa mesti aku? tapi 

Alhamdulillah - if Allah brings me to it, He will bring me through it- . Rasenye

 bnyak benda yang kita boleh belajar.. sedih? jangan cakap la.. MUST BE CAREFULL 

la lpas ne.. sakit nak laluinya lagi !


KENAPA ALLAH BERIKAN UJIAN KEPADA HAMBANYA?

ALLAH itu maha berkuasa .. DIA yang menentukan segala-galanya..sesuatu yang berlaku itu adalah takdir yang telah ditentukan oleh ALLAH untuk hambanya.. kita sebagai hamba perlulah redha,sabar serta bertawakal dengan setiap ujian itu .. dan berserah kepadaNya..

Setiap hamba Allah pasti diuji. Mengapa? Kerana Allah terlalu sayang kepadanya. Allah tersangatlah rindu kepada hambanya itu. Allah mahukan si hamba pulang kepada Allah dalam sujudnya. Allah mahukan si hamba menitiskan butiran manik jernih berupa air mata kerana Allah ingin menghapuskan dosa-dosanya. Allah  mahu sediakan sebuah "surprise" yang besar buat si hamba di syurga kelak. Kerana Allah adalah sebaik-baik kekasih, maka Dia jua lah yang tahu apa yang terbaik buat kita semua.

ALLAH yang mencipta hamba-hambaNya berhak untuk beri ujian kepada makhluk ciptaanNya itu.. Ujian itu rahsia ALLAH.. ujian yang diberikan mungkin tidak sama.. ada yang berat untuk dilalui dan ada yang mudah untuk ditangani ujian itu..

          Seberat-berat mana pun ujian yang ALLAH beri, ALLAH tidak akan berikan ujian yang melebihi kemampuan hambaNya itu.. Ujian yang diberi juga ,adalah tanda sayang dan kasih ALLAH pada hambanya..ALLAH itu maha penyayang.. :') 

Setiap ujian yang Allah bagi pasti ada hikmah-Nya. Semakin Allah sayang pada seseorang hambanya,semakin kuat ujian buatnya. Simple~

Allah tidak menimpa sesuatu ujian kepada hambanya melebihi kesanggupan hamba tersebut. 

Kalam Allah yang indah dalam surah Al-Insyirah turut menyebut:

"Fainnama al usri yusra"
Sesungguhnya dalam setiap kesusahan ada kemudahan 


Malahan, kekasih Allah Nabi Muhammad SAW pun diuji dengan ujian yang jauh lebih besar daripada yang menimpa diri kita. Apalah sangat ujian yang kita terima ini? Adakah ujian kepada insan yang mulia itu tanda Allah tidak adil. Atau adakah ia bermaksud Allah tidak menyayangi baginda Rasulullah? Tidak sama sekali. Malah Allah hadiahkan baginda dengan raudhatul jannah yang kekal abadi. 
Rasulullah meninggalkan penawar buat diri kita yang menimpa musibah:

“ Sesungguhnya orang mukmin akan menerima tekanan hidup kerana tidak ada satu bencana sama ada kerana terkena duri atau yang lebih besar, tidak juga ketakutan melainkan Allah akan meningkatkan darjatnya satu darjat dan menghapuskansatu kesalahan dengan kesabarannya menghadapi bencana dan kesusahan tersebut”


[riwayat al-Hakim] 

so,  Jangan lah kita mengeluh dengan ujian yang ALLAH berikan kerana habisnya satu ujian pasti akan tiba ujian yang baru pula dalam hidup kita.. 

When you are in trouble, just remember.. ALLAH is always by your side ..

Dekatkan diri dan berdoalah kepada ALLAH agar dikuatkan hati untuk terus cekal dan tabah dengan setiap ujian yang diberikan..ALLAH itu tidak pernah berasa jemu dengan setiap rintihan hambaNya..ALLAH itu maha mendengar ..

if u feel that u'r very down, just close yr eyes and say "This is my journey, He puts me here, It's His plan, so I have just to carry on and trust Him...

May Allah bless all of us :) -Umie Kalthum Mutalib-


Wednesday, 29 May 2013

PUTUS CINTA atau CINTA DI TOLAK ~



Istilah ini sering kita dengari bukan?
Ianya ibarat satu perkara norma dalam kehidupan ini. Setiap individu pasti punya cara tersendiri untuk melalui ketika mana cinta di tolak dan juga putus cinta. Adakalanya, kita merasakan terlalu sakit, down, sedih dan banyak lagi perasaan yang negatif ini. Saya juga seperti anda, pernah melalui saat-saat yang menyakitkan ini. Kadang-kadang, saya merasa seperti “mayat hidup”. Mencari-mencari bilakah waktu kesedihan ini akan sampai ke akhirnya?

Putus Cinta

Adakalanya seperti sudah tiada jalan penyelesaiannya. Ramai individu, rakan-rakan di sekeliling adakalanya memberi nasihat, namun kadang-kadang nasihat mereka mungkin menambahkah kesakitan luka di hati yang mana di ibaratkan mencurahkan lagi cuka di atas tempat yang luka itu. sakit bukan?
Ya, saya juga seperti anda. Pernah melalui semua ini. Jika hari ini anda merasakan semua itu, saya di sini ingin mengajak anda bangun bersama saya, berdiri dan melangkah meneruskan kehidupan ini. PUTUS CINTA? CINTA DI TOLAK? itu bukan pengakhiran hidup kita. Inilah yang Allah hadiahkan untuk kita iaitu ujian. Kerana apa Dia anugerahkan semua ini?
KERANA DIA SAYANG PADA KITA, DIA INGIN KITA KEMBALI PADA-NYA, MENGADU KEPADA-NYA.
Cinta itu satu fitrah. Tidak ada siapa pun yang dapat menghalang hati kita ini untuk kita merasakan mencintai dan di cintai. Setiap individu pasti inginkan semua ini. Namun, dunia kini, ramai yang mewarnai cinta dengan perkara-perkara ilusi dan fantasi. Kebanyakan daripada kita, apabila bercinta pasti ingin ber dating, bermesej, bergayut sehingga lewat malam di telefon.
Dan adakalanya terpaksa berhabis duit untuk mereka yang kita cintai ini. Untuk memberi hadiah kepada orang yang dicintai ini tidak salah, tetapi yang dimaksudkan berhabis duit ini adalah apabila kerap kali keluar dating, SMS dan juga bercakap di telefon sepanjang hari. Bukan kah ini satu pembaziran? Inilah fenomena cinta masa kini.
Saat ini, detik ini, mari kita singkap kembali apa itu cinta pada kita? Adakah cinta itu apabila saling ambil berat, berduaan dan bermesra sebelum akad di lafazkan? Saya juga muhasabah diri tentang definisi cinta yang saya bawa sejak dulu. Namun kini saya sedar, sekiranya CINTA, pasti kita ingin orang yang saya cinta itu bersama saya berada di syurga, menuju ke syurga.
Mustahil jika dapat kita nyatakan kita menyayangi dan mencintai insan tersebut, tetapi pada asasnya kita membawa dia atau menolak dia ke dalam api di mana api itu terlalu panas berbanding di dunia ini yakni neraka jahanam. Jadi di sinilah, kita harus perbetulkan istilah cinta yang kita bawa kerana cinta itu adalah sesuatu yang cukup suci. Jangan kotorkan cinta itu dengan sesuatu yang tidak baik.

Kemudian, apa perlu buat jika cinta di tolak atau putus cinta? Ambil alkohol? Merokok? Bunuh Diri?

Ya, putus cinta atau cinta di tolak itu sangat perit dan sakit. Saya sendiri merasakan semua itu. Apabila terbangun dari tidur, tidak lain dan tidak bukan hanya satu impian saya agar menjadikan kesakitan itu hanyalah mimpi. Namun, jika berbalik kepada definisi cipta yang baru sahaja kita cipta sebentar tadi, wajarkah seseorang perempuan atau lelaki yang ingin ke syurga itu perlu bersikap lemah?
Sedangkan dalam ayat 2 surah al-ankabut, Allah menyatakan;
Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedangkan mereka tidak di uji?
Jadi daripada apa yang ada dalam ayat itu, jelas lah kita akan di uji. Namun bagaimana untuk kita melalui ujian ini lah yang harus kita fikirkan. Saya juga insan yang lemah. Tetapi saat ini, kita harus sama-sama membina diri kita. Mungkin dengan putus cinta atau cinta di tolak ini, Allah ingin kita mendekatkan diri kepada-Nya dan meningkatkan iman kita.
Dulu sebelum terjadi kesedihan ini mungkin kita jarang sekali baca Al-Quran, Solat Sunat Malam dan berjemaah di Surau. Oleh itu, ambil lah peluang ini untuk kita kembali kepada-Nya secara istiqomah. Walaupun tidak mampu melakukan ibadah itu dengan kadar yang lebih, lakukanlah yang termampu dan istiqomah. Kerana Allah swt lebih suka jika kita istiqomah melakukan ibadah daripada melakukan secara berlebihan tetapi tiada istiqomah. Jadi, ini lah jalan utama untuk kita bina diri kita yang baru.
Seterusnya, carilah bahan bacaan yang dapat membina diri kita. Bukan hanya bahan bacaan mengenai cinta atau tips memperbetulkan hubungan cinta yang telah retak itu. Namun carilah sesuatu bahan yang boleh membuka minda kita tentang kasih sayang Allah kepada kita. Kadang-kadang apabila sesuatu bahan bacaan itu membuatkan kita bermotivasi dan bersemangat, bacalah ianya berulang kali kerana adakalanya diri kita ini kembali rebah dan bersedih.
Kemudian apabila kita kecewa seperti ini, kita pasti akan merasakan untuk menangis, meratapi dan bersedih. Ya, kerana saya pernah melalui semua ini. Persilakan untuk anda menangis dan sebagainya itu. Tapi, jangan pula berlarutan. Sibukkanlah diri kita dengan sesuatu yang bermanfaat seperti study, beriadah dan buatlah sesuatu yang mampu menenangkan hati.

Jangan terus berada dalam lingkungan kesedihan dan kekecewaan

Sedih dan kecewa itu perkara biasa. Namun, apabila saya sedih, saya selalu ingat yang Allah bersama saya. Ya, Dia tidak hanya bersama saya, tapi juga bersama kita semua. Ingat, senjata utama seorang mukmin itu adalah doa. Justeru, perbanyakkan doa.
Dan yang terpenting apabila kita kecewa atau sedih dengan keadaan putus cinta atau cinta di tolak ini, lepaskanlah semuanya. Jangan di fikir lagi tentang semua ini, teruskan kehidupan. Semua ini tak mudah. Kadang kala kita terfikir, siapa lagi yang nak kawin dengan aku?  Tapi, kita harus mencuba untuk kuatkan diri. Bagaimana?
seperti yang saya katakan tadi, lepaskan semuanya, jangan difikir lagi dan teruskanlah kehidupan kita. Dan pada ketika ini, ada sesuatu yang harus kita pelajari iaitu “KEIKHLASAN”. Ya, ikhlas lah. Apabila kita ikhlas, kita pasti melakukan semua itu hanya untuk mendapatkan keredhaan Allah. Tanamkan ini dalam hati kita, sematkan niat untuk ikhlas ini. Pasti, saya dan anda semua akan merasakan satu ketenangan. Jangan di fikir lagi, siapa yang salah dan siapa yang betul dalam hal ini.
Jangan di fikir kenapa dia melakukan semua ini pada kita. Jangan difikir dengan siapa kita nak kawin dan adakah dia akan kembali lagi pada kita? Dia ini jodoh kita ke tak sebenarnya? Satu yang boleh saya katakan tentang setiap persoalan ini iaitu “sejauh mana pun kita fikir tentang semua ini, kita tidak akan menemui jawapannya”.
Jika anda bertanya, Mengapa? Jawabnya pemikiran manusia ini terbatas, kita tidak tahu sesuatu yang ghaib melainkan Allah Maha mengetahui. Kemudian, ikhlas lah dan yakinlah setiap apa yang kita lakukan sama ada baik atau buruk, Allah pasti akan membalasnya. Sematkan ini juga di hati kita. Kita tak boleh lemah.
Jagalah hubungan kita dengan Allah, Banyakkan zikir. Singkapkan kembali definisi cinta yang kita terapkan di minda dan jiwa kita. Jika benar mencintai, bukan dengan cara ber dua-duaan. Couple atau coupling bukan syarat untuk mengatakan dia adalah jodoh kita. Ramai yang ber couple tetapi selepas nikah setahun dua, dah bercerai. Adakah itu di namakan jodoh? Wallahua’llam.
Ya, putus cinta atau cinta di tolak ini memberi impak yang amat besar untuk saya dan saya tahu, untuk anda juga? sama-samalah kita muhasabah diri. ingat, setiap kesulitan pasti akan di sertakan dengan kemudahan. peganglah pada janji-janji Allah. Dia sentiasa dekat dengan kita. Sebagai penutup kita renungkan maksud ayat di bawah ini;
“dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.” Surah At-Talaq ayat 2-3.



p/s :  Anggaplah putus cinta itu adalah satu 'persinggahan' dalam kehidupan.

Berfikiran positif utk menanganinya. Mungkin dia bukanlah yg terbaik
untuk diri anda. Sesuatu yg terjadi ada kebaikan di sebaliknya.
Sebagai seorg Islam, kepadaNYA kita mengadu apa yg  tersirat di hati
kita. Telah tersurat dia bukan jodoh anda, mohonlah kepada Tuhan agar
anda dapat melupakannya. Putus cinta bukan pengakhirnya kehidupan anda,
hidup mesti diteruskan.

Hikmah Putus Cinta

                                       
                                     Hikmah Putus Cinta 



Betul ke Putus Cinta ada Hikmah???

1. Kalau Putus Ciuta, Boleh Cari Pengganti Baru
Ha..Korang nampak tak hikmah putus cinta??..Bila korang dah jadik single, korang dah bebas untuk mencari pengganti untuk mengisi tempat yang ditinggalkan kekasih korang yang tak guna tu..haha..So, janganlah sedih2..Korang patut dapat yang lebih baik daripada dia..Lagi2 kalau dia dah ada pengganti korang, buang masa je pikirkan pasal dia..Better korang move on and berkenalan dengan orang baru..

2. Kalau Putus Cinta, Save Kredit HP
Korang nampak tak?? Korang dah tak perlu lagi risau untuk mencari kad top up atau reload di malam hari hanya semata-mata untuk sms or call si dia..Korang boleh hidup tanpa kredit..Even takda kredit pun, korang tidak akan dimaki sama sekali sebab korang dah takda kekasih yang nak sms korang 24 jam..hoho

3. Kalau Putus Cinta, Boleh Tidur Lena
Bila ada kekasih, korang kena bergayut dengan dia..Dah la tidur tak cukup, kadang2 tu boleh bergaduh lagi on phone..Tak kena hampeh tu..Dah la kredit habis, pastu dia boleh pulak carik pasal nak gaduh..Nak tidur nanti tak tenteram..Terpaksa la pulak memujuk..Hadoi..

4. Kalau Putus Cinta, Hidup Kita Bebas
Korang boleh je pegi mana2 saja yang korang nak..Nak keluar dengan member2 pun boleh..Dah tak perlu lagi keluar berkepit setiap hari dengan dia..Time ni korang akan merasa tenang sebab korang tak perlu ikut bontot dia ke hulu ke hilir terutamanya tatkala waktu ber'shopping'..

5. Kalau Putus Cinta, Boleh Banyakkan Ibadat
Bila putus cinta, korang mesti sedih kan..Time ni kena banyakkan ibadat supaya korang lupakan dia..Mintak doa pada Allah SWT supaya dipermudahkan jalan korang bagi meneruskan kehidupan..Mintak doa supaya dipertemukan jodoh yang baik2..Lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik dan begitu juga sebaliknya..


Wednesday, 20 March 2013

Memaafkan Tapi Masih Terluka


   Maaf. Satu perkataan yang mudah dilafazkan bagi kebanyakan orang.
Terhiris dan terluka dalam perhubungan seharian dengan manusia yang lainnya saya kira semua orang pernah hadapi. Ada yang berselisih faham dengan sahabat sendiri. Ada yang menerima makian daripada orang lain hanya kerana membawa sesuatu yang betul. Ataupun, ada yang terluka kerana ditipu.
Lalu, datanglah orang-orang yang pernah menyakitkan hati itu untuk memohon kemaafan. Walaupun dengan hati yang sakit dan tidak merelakan, perkataan ‘dimaafkan’ itu tetap dilafazkan kepada orang yang memohon maaf tadi. Tapi, maaf itu hanya sekadar perhiasan dibibir tetapi dihati masih memendam rasa terluka sehingga menjauhkan diri dari si dia yang pernah menyakitkan hati.
Nah, adakah itu namanya benar-benar memaafkan?
Apabila Hati Terluka Dek Orang
Hidup ini tidak menjanjikan kebahagiaan semata-mata. Maka, terluka oleh orang lain adalah salah satu cabang daripada ujian ALLAh Ta’ala. Dan cara disakiti oleh orang lain itu pula dengan cara yang berbeza-beza. Mungkin pada sindiran, mungkin dengan cara memburukkan atau mengumpat dibelakang, atau macam-macamlah cara yang anda ketahui.
Dan oleh kerana manusia itu juga namanya adalah manusia, sebagai insan biasa, rasa sakit hati itu pastinya hinggap didalam diri. Apabila lama memendam rasa sakit hati, maka dendam pula mengambil alih peranan.
Kadang-kadang, apabila mendapat tahu si A mengumpat anda, rasa sakit itu itu akan serta merta muncul dalam diri. Kenapa? Mungkin rasa dikhianati. Mungkin rasa maruah tercalar.
Baik. Itu perasaan yang normal pada seorang manusia biasa.
Tapi, disaat manusia yang bersalah itu didatangi dengan perasaan berdosa dan datang kepada anda untuk memohon maaf dalam keadaan anda masih memendam rasa sakit hati, maka anda memaafkan kerana tercampak sedikit meluat melihat wajah si pesalah.
Walaupun pada masa itu anda sebenarnya tidaklah memaafkan sepenuh hati.
Adakah itu normal? Bagi saya tidak.
Memaafkan Tapi Masih Terluka
Apabila memberi kemaafan yang datangnya bukan dari jiwa, percayalah.. Dendam itu akan tumbuh meliar dalam jiwa. Dan boleh jadi seseorang yang masih berdendam itu akan melakukan perkara-perkara yang lebih kurang sama dengan orang yang pernah mengaibkan atau menjatuhkan air muka seseorang itu.
Saya kira, apabila seseorang itu kononnya memberi kemaafan tapi masih terluka, maka itu bukanlah memberi kemaafan sebenarnya. Itu hanyalah suatu perisa yang menambahkan lagi dendam anda.
Perlukan masa untuk pulih dari luka itu?
Tiada masalah. Ambillah sebanyak mana masa yang anda mahu. Tetapi jangan cuba berbohong dengan diri sendiri apabila memberikan kemaafan kepada orang lain sedangkan saat itu jiwa anda membara-bara dengan melihat wajahnya. Ingat deh sahabat, orang yang bersalah, apabila datang kepada anda untuk memohon maaf dan anda memberi kemaafan tidak sepenuh hati, maka urusannya dengan anda telah selesai. Selebihnya, urusan anda dengan ALLAh Ta’ala pula.
Sekali lagi, itu bukan memaafkan namanya!
Bagi saya sendiri begini, sekiranya hati anda masih belum reda dengan kejadian yang berlaku dan apabila datang si A yang telah membuat hati anda sakit dan marah untuk memohon maaf sedangkan pada masa itu anda belum boleh memaafkan sepenuhnya, maka berkatalah padanya,
“Berikan saya sedikit masa untuk biarkan hati saya reda dahulu.”
Cara itu adalah lebih baik. Biar berterus-terang. Dan dengan cara itu, hati akan lembut sedikit demi sedikit kerana anda tahu, anda meminta diberikan masa untuk mengubati hati yang sedang sakit dilukai manusia lain. Maka dalam masa itu, anda akan cuba belajar untuk memaafkan.
Jangan menganiayai diri sendiri dan orang lain yang memohon kemaafan daripada anda dengan memberinya ketaatan palsu. Mereka sebahagian daripada diri kita.
“Seorang muslim adalah saudara bagi sesama muslim ,kerana itu janganlah menganiaya,jangan membiarkannya teraniaya dan janganlah menghinanya.Taqwa tempatnya disini!Sambil baginda menunjuk ke dadanya sebanyak 3 kali.Alangkah besar dosanya menghina saudara sesama muslim,setiap muslim haram menumpahkan darah saudara sesama muslim.Haram merampas haratanya dan haram mencemarkan kehormatan atau nama baiknya” [Hadis Riwayat Muslim]
Jangan mudah melafazkan kata memaafkan seandainya hati tidak berkata sedemikian!
Memberi Kemaafan Adalah Jalan Terbaik
Sebenarnya, orang yang benar-benar memberi kemaafan akan terlepas dari dendam dan sakit hati apabila mengenangkan perbuatan orang padanya. Sebaliknya, orang yang memberi kemaafan akan tenang dan merasai kelapangan jiwa. MashaAllah.
Memang, sebagai manusia biasa adakalanya berhadapan dengan kesukaran untuk memaafkan orang lain. Tapi ingatlah, sifat orang yang mudah memaafkan itu adalah akhlah muslim yang terpuji.
Justeru, saya kira orang pemaaflah yang paling kuat. Kenapa?
Sebab, sebenarnya walaupun dia berupaya untuk membalas segala perbuatan orang kepadanya, namun dia mengambil jalan untuk memaafkan dengan berusaha untuk ikhlas kerana ALLAh Ta’ala.
Rasulullah SAW pernah bersabda.
“Tidak sempurna keimanan seseorang daripada kalian, sebelum dia mencintai saudaranya (sesama Muslim) sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri.” -HR. Bukhari
Janganlah daripada kita tergolong daripada orang yang berdendam malah ada yang sampai bersumpah untuk tidak memberi sebarang bantuan kepada orang yang bersalah kepada kita sepanjang hidup. Astaghfirullah~
“…dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak suka bahawa ALLAh mengampunimu. Dan ALLAh Maha Pengampun, Maha Penyayang.” – an Nuur : 22
Rasulullah SAW seorang yang pemaaf. Sebab itu Baginda juga menuntut umatnya untuk memaafkan atas kesalahan yang boleh dengan mudah diberikan kemaafan. Aduh! Sungguh malu apabila terkenangkan perjalanan hidup Rasulullah yang bukan saja diumpat, dikatakan gila, malah dibaling batu sehingga luka berdarah. Kalau boleh pada masa itu, boleh saja Baginda meminta kepada ALLAh untuk diturunkan bala seksaan. Malah, Baginda menolak untuk berbuat sedemikian.
MashaAllah. Tabarakallah~
Sekali lagi, memaafkan adalah jalan yang terbaik. Dan, jika belum bersedia untuk memaafkan kerana hati meminta waktu supaya reda, maka katakan terus-terang tentang itu. Jangan memberi kemaafan tatkala masih berdendam. Kerana, ada perhitungan ALLAh Ta’ala untuk itu!
Pssst! Saya tahu anda seorang yang pemaaf dan lembut hati.
Semoga ALLAh merahmati kehidupan anda sekeluarga di dunia dan akhirat. Senyum.
Semoga ALLAh merahmati.


Menipu, Ditipu & Tertipu?



PENIPU

Mana lagi best?
Orang yg Menipu ni mesti la rasa syok kan bila dapat menipu orang yg Ditipu.
Dan orang yg Ditipu tu mesti la kan rasa sakit bila dah Tertipu dengan si Menipu ni kan.
Tapi, apa habuan orang yg Mnipu ni bila dorang dapat menipu orang yg Ditipu & Tertipu ni?
Semua manusia pernah merasai rasanya ketiga2 perasaan sebagai
Menipu, Ditipu dan Tertipu.
Tak pernah setiap orang akan merasa diri dia berperasaan baik mahupun jahat.
Angel vs. Devil




Orang yg Menipu ni sememangnya selalu bg alasan. Apa alasan dorang2 ni?
  • Tak bersalah. Kononnya dgn menipu ni dpt melepaskan diri drp apa hal yg dorang ni terlibat. Terutama sekali hal2 yg tidak baik. Mesti nak nampak good2 je dpn orang yg Ditipu & Tertipu tu kan?
  • Jaga hati. Ni selalu juga terjadi. Tak kisah la, dorang dgn bf/gf dorang ke, kawan2 dorang ke, family dorang ke. Semua ni jadi mangsa la. Jaga hati sebab tak maw org2 yg terlibat ni kecewa/terluka dgn tindakan dorang tu? Err. Manipulasi cerita pun benda boleh jd lagi baik ke? Takot tembelang terpecah ler tuee 
  • Suka/Hobi? Ada juga ke orang cenggini? Ada kot. Mungkin sbb dah selalu sakit hati sangat so bila menipu ni dapat gembira kan hati dan puaskan hati dia yg terluka tu. Return revenge? Then, benda pun jadi la habit dia untuk buat2 lagi.
  • Tak boleh tengok kesenangan orang lain. Yang ni kes jeles la senang cerita. Dorang ni tak boleh tgk orang lain lebih success drp dorang ni. So, dgn menipu cerita2 lawak, kelakar, dongeng yg ditokok tambah dalam hidup dorang ni la, dorang menipu orang di sekeliling dorang. Nak jugak berasa bangga dgn diri dorang yg penuh TIPU tu. Orang cerita Malaysia dia cerita Russia. Kan jaoh menipu nye tu. Bawak2 la bersyukur dgn apa yg korang dah ada tu.


Apa pulak orang yg Ditipu & Tertipu rasa?
  • Kecewa? Itu dah mesti la kan. Dah mcm perasaan wajib utk si Ditipu&Tertipu ni. Kecewa, sedih dan blah blah blah. Siapa tak rasa mcm tu, bila orang yg kita percaya buat mcm tu dekat kita. Rasa mcm tak dihargai la, rasa mcm orang bodoh je kan. 
  • Hilang kepercayaan. "Sekali kau buat aku jgn harap aku nak bg muka dah!" Normal ayat2 orang yg telah ditipu oleh si Menipu. Tapi ada juga orang yg boleh bg peluang utk kali kedua, ketiga dan balh blah blah, sebab nak percaya dekat si polan Menipu ni. Even 100x ditipu pun, si Menipu tetap akan menipu lg. Cuba dkt hati orang yg ketegaq, sekali hang buat aku tak pandang hang lagsung dah.
  • Gossip. Jadi buah mulut la bila si polan kuat Menipu ni selalu menipu orang. Apa lagi, famous la si Menipu ni kan dah orang dok ckp pasal dia je.
  • Putus asa. Ditipu ni akan merasa putus asa bila kerap kali ditipu dgn si Menipu. Hari tu dah kena sekali, hari ni kena lagi, esok kena lagi, tulat pun kena lagi? Alamak kesiannya. Last2 si Ditipu&Tertipu ni pun dah putus asa untuk bg peluang dekat si Menipu ni. "Dulu kau kata nak byr hutang aku harini. Mana?", si Sitipu&Tertipu bertanya. "Malam ni aku byr. Eh, tak. Esok aku byr eh. Ala. Next week aku byr punya", jawab si Menipu. "Saya janji tak buat lagi benda yg sama. Betol ni. Saya menyesal sangat," "Saya tahu saya selalu sgt bg janji, tapi tetap buat benda yg sama. Saya minta kali ni je", kata si Menipu. Si Ditipu&Tertipu pun menjawab "Iyelah awak"


So, korang ni tergolong di kalangan tipu yg mcm mana?
Ke semua korang pernah buat? Hehe.
It's norm semua orang akan buat perkara TIPU ni.
Tp, sehebat mana dia menipu, dan sesakit mana dia ditipu&tertipu kita tak tahu semua tu

What goes around comes around.
Mungkin kita ni dah pernah jadi si Menipu pada waktu dulu.
So, sekarang kita akan menjadi si Ditipu&Tertipu pulak la.

Kita mesti tak nak rasa Ditipu & Tertipu, sebab sakit kan perasaannya.
Oleh itu, elak lah diri dari menjadi seorang Menipu yg professional.
Sebab nanti pasti anda akan menjadi seorang Ditipu&Tertipu yg sangat kecewa. 


http://cikraihana.blogspot.com/2011/08/cerita-si-menipu-ditipu-tertipu.html