After 2 Months !!
Andai ada kuase utk ku balas balik apa yg telah dilakukan, pasti akan ku balas
dengan lebih kejam! Tapi sebaik-baik perancangan manusia,BAIK lagi perancangan
ALLAH. Kenapa? Selama 2 bulan, aku dapat motivated diri "kenapa benda ni jadi kat
aku?" "kenapa tak orang lain?" "kenapa dia buat mcm ne kat aku!!!!?" Hampir 3
minggu sebelum exam besar, kemurungan melanda diri. kenapa mesti aku? tapi
Alhamdulillah - if Allah brings me to it, He will bring me through it- . Rasenye
bnyak benda yang kita boleh belajar.. sedih? jangan cakap la.. MUST BE CAREFULL
la lpas ne.. sakit nak laluinya lagi !
KENAPA ALLAH BERIKAN UJIAN KEPADA HAMBANYA?
Setiap hamba Allah pasti diuji. Mengapa? Kerana Allah terlalu sayang kepadanya. Allah tersangatlah rindu kepada hambanya itu. Allah mahukan si hamba pulang kepada Allah dalam sujudnya. Allah mahukan si hamba menitiskan butiran manik jernih berupa air mata kerana Allah ingin menghapuskan dosa-dosanya. Allah mahu sediakan sebuah "surprise" yang besar buat si hamba di syurga kelak. Kerana Allah adalah sebaik-baik kekasih, maka Dia jua lah yang tahu apa yang terbaik buat kita semua.
Kalam Allah yang indah dalam surah Al-Insyirah turut menyebut:
"Fainnama al usri yusra"
Sesungguhnya dalam setiap kesusahan ada kemudahan
Malahan, kekasih Allah Nabi Muhammad SAW pun diuji dengan ujian yang jauh lebih besar daripada yang menimpa diri kita. Apalah sangat ujian yang kita terima ini? Adakah ujian kepada insan yang mulia itu tanda Allah tidak adil. Atau adakah ia bermaksud Allah tidak menyayangi baginda Rasulullah? Tidak sama sekali. Malah Allah hadiahkan baginda dengan raudhatul jannah yang kekal abadi.
Rasulullah meninggalkan penawar buat diri kita yang menimpa musibah:
“ Sesungguhnya orang mukmin akan menerima tekanan hidup kerana tidak ada satu bencana sama ada kerana terkena duri atau yang lebih besar, tidak juga ketakutan melainkan Allah akan meningkatkan darjatnya satu darjat dan menghapuskansatu kesalahan dengan kesabarannya menghadapi bencana dan kesusahan tersebut”
[riwayat al-Hakim]
so, Jangan lah kita mengeluh dengan ujian yang ALLAH berikan kerana habisnya satu ujian pasti akan tiba ujian yang baru pula dalam hidup kita..
When you are in trouble, just remember.. ALLAH is always by your side ..
Dekatkan diri dan berdoalah kepada ALLAH agar dikuatkan hati untuk terus cekal dan tabah dengan setiap ujian yang diberikan..ALLAH itu tidak pernah berasa jemu dengan setiap rintihan hambaNya..ALLAH itu maha mendengar ..
if u feel that u'r very down, just close yr eyes and say "This is my journey, He puts me here, It's His plan, so I have just to carry on and trust Him...
May Allah bless all of us :) -Umie Kalthum Mutalib-
No comments:
Post a Comment