Monday, 10 December 2012

Proud To Be Sabahan


Assalamualaikum peeps :)

Tengah malam ba suda ini.. aduiii jadi burung hantu pulak kalau time2 cenggini.. heheh cuti ler katekan xD ..

Hari ini tetibe rasa nak tulis mengenai percakapan org Sabah.. Cik kan duduk Sabah.. Membesar di Sabah lagi #Bangga :) .



Kebanyakkan orang Semenanjung yang nak try cakap Sabah,macam pelik je bunyi je.. Dah bunyi macam orang Indonesia pulak..

So,BAH ini adalah satu perkataan yang paling istimewa buat Sabahan. Salah satu penggunaan kata yang membezakan Bahasa Melayu Sabah dengan Bahasa Melayu piawai, ialah kata tambah “-bah” yang sering diguna dalam percakapan.


  
Mula2 datang sini,agak kepelikkan tibe-tibe kawan sekelas ajak main tapuk-tapuk *budak-budak lagi time tu* Then dia cakap Mintakpujik.. Grrrr lagi lagi Cik tak faham..Masuk kantin dia cakap kat aunty kantin suruh tapau makanan dia. Tapau? Apakah? hahah sekarang Cik dah tau dah sume perkataan *pelik-pelik* cenggitu and Im Proud To Be Sabahan*walaupun menetap je sini*


 So Back To The Top , antara fungsi BAH adalah : 
##Kata penyudah untuk menguatkan ekspresi kata
 Cnth : Iya bah.
 
##Kata tambah pemula untuk memulakan percakapan. Selalunya digunakan pada permulaan kata.
Cnth : Bah,kamu pigi la dulu @ BAH duluan :)


##Memberi maksud sudah, atau penghabis kata. Pengganti dalam bahasa Melayu ialah “Baiklah”, atau “Begitulah”.
 Cnth : Sumandak,jan kau lupa kasi makan tu angsa.
Sumandak jawab : BAH nanti sa kasi makan ahh.

Bile bersembang dengan kawan-kawan semenjanjung,dorang main bantai je letak perkataan -Bah di mana-mana ayat pun.. 
Cnth : Sudah makan ka Bah?
Mana kita nak pergi ni Bah?
Sabah seronok ka Bah?
Amacam? Weirdo tak?

1 Kilometer berjalan pun dah rase nak pengsan..


Setelah 9jam berjalan penuh onak berliku,duri ranjau kehidupan,akhirnya sampai ke Laban Rata.

Sini Cik listkan antara perkataan Sabah yang senang nak dituturkan.. Selamat Belajar xD 


 Dah rasa macam kat negara Omputih lak :)


  • aisbok - peti sejuk
  • akun - menyerah, setuju
  • hampus - lelah, asma
  • bantut - pondan/ mak nyah
  • bahai - beg plastik
  • bas - van
  • bilang - cakap, berkata - Siapa bilang?
  • bos - bapa ('bos' digunakan secara meluas sebagai panggilan, contohnya: 'Hello bos' bermaksud 'Hello kawan/ encik, saudara')
  • bubut - kejar
  • celana - seluar
  • cewek - awek, teman wanita
  • cincai - tidak teratur - jangan buat karja(kerja) cincai
  • diorang/dorang - mereka
  • epol - epal
  • gerobak - kereta sorong
  • jambu - jelita
  • jepit - kepit, sepit
  • jerak - serik
  • kapayas - buah betik
  • karan - elektrik - mati karan = blackout, terputus bekalan elektrik
  • kasi tau - beritahu
  • kelmarin - semalam
  • kelmarin dulu - kelmarin, kelmarin dulu (dialek Pantai Timur)
  • lilipan - lipan
  • limpang - baring
  • limpas - lepas (masa), lalu, atau lintas (seberang), tumpang lalu
  • lugai-lugai - tak tentu arah
  • mangkali - barangkali
  • mem - ibu
  • ndak/indak - tidak
  • ngam - sesuai
  • ngam-ngam(1) - cukup-cukup
  • ngam-ngam(2) - kebetulan
  • palui - ****h
  • pancut - pancit
  • ping - ais
  • poncit - pancit
  • sapi - lembu
  • semalam - malam tadi
  • semberana - sengaja
  • sia - saya, dia (bahasa Suluk)
  • sigup - rokok
  • sikang - sudu
  • sikul/skul - sekolah
  • silaka - Celaka
  • simpan - letak. Contoh: Ambil barang itu simpan sini (=letak di sini)
  • siring - tepi
  • siuk - syok (bahasa percakapan), seronok
  • sot - gila ('Sot' sebenarnya mempunyai maksud yang agak mendalam. 'Sot' pada awalnya digunakan untuk benda-benda elektrik sofistikated yang rosak. Seperti Komputer sia sot - maksudnya 'Komputer saya ada yang tak kena / rosak'.Cara Penyampaian

    Cara penyampaian Bahasa Melayu Sabah agak berbeza dengan Bahasa Melayu piawai. Ini dapat diperhati dari segi sebutan bagi huruf vokal(a,e,i,o,u) dalam perkataan Melayu piawai.
    Pertukaran 'e' (seperti 'e' dalam "pemuda") kepada sebutan 'i'
    • pigi - pergi
    • sijuk - sejuk
    • bisuk - besok
    • mimang - memang
    • cilaka (silaka) - celaka
    Pertukaran 'e' (seperti 'e' dalam "pemuda") kepada sebutan 'a'
    • kamarin - kelmarin
    • paning - pening
    • bali - beli
    • karbau/krabau - kerbau
    • tarap - terap(Sejenis buah-buahan di sabah)
    • tambirang - Tembirang
    • sanapang - 'senapang
    Pertukaran 'o' (seperti 'e' dalam "botak") kepada sebutan 'u'
    • bula - bola
    • urang - orang
    • buduh - ****h
    • munyit - monyet
    Pertukaran 'c' kepada sebutan 's' Huruf 'c' sering ditukarganti kepada sebutan huruf 's' melibatkan hampir semua perkataan.
    Pertukaran 'r' kepada sebutan 'l' Huruf 'r' sering ditukarganti kepada sebutan huruf 'l' seperti perkataan telur disebut 'telul'
    Terdapat juga perkataan yang mengabai sama sekali sebutan huruf vokal.
    • slipar - selipar
    • krusi - kerusi
    • triak - teriak'
    • brani - berani
    • tlefon - telefon
    • skarang - sekarang

    Perihal cakap Sabah ne, senang ja.jangan cakap macam Indonesia. Orang Sabah tidak bernada mahupun berloghat Indonesia. Sabah is Sabah.
    Apa yang selalu orang lain(Semenanjung or mana2 la negeri ka) salah dalam penggunaan bahasa Sabah ne,dari sudut penggunaan 'Bah'. Sangat pelik ok, kalau tiba2 semua ada 'bah' di belakang ayat.Ini adalah kesalahan serius yang sangat common kalau orang ndak biasa bercakap Sabah.
    Penggunaan 'bah' ne banyak boleh guna contohnya :
    • Marilah bah kita pegi lebri - ini macam memujuk/menegaskan
    • Bukan begitu bah! - menegaskan
    • Bah, nanti sa telepon balik - ini macam Ok, nanti sy telepon balik.
    • Cantik bah! - ini apa ini aku pun ndak tau macam ko kasi konpom la gitu.
    Paling basic yang harus di faham bahasa Sabah ne macam :
    • limpas - lalu
    • milo ping- milo ais (ping tu maksud dia sejuk so if mau nescafe ka holicks ka cakap ja nescafe ping/holicks ping)
    • tapau - bungkus kalau mau lebih urban cakaplah 'take away' hahahaha
    • ndak - tidak
    So, ada dapat tangkap ka sikit sikit?Kalau kamu pegi Sabah - kk, ada tu slanga yang selalu durang sebut macam :
    • teteda ne
    • paling la
    • bha macam?
    • kogutan
    tapi kalau orang Sandakan pula lain,contohnya :

    • Apa khabar kau joe -joe tu bukan nama orang saja ja macam 'dude' gitu..Urbannya kami..hahah
    • air mati - air suam,air biasa,air putih.(ini aku ndak tau la, kali kami ja cakap gitu)
    • berjurit - bertabur


    Lagu kebanggaan Cik wwooowwww Suka dengar and Penulis lirik dia adalah Cikgu sekolah Cik sendiri taw.. #Sila Bangga :) CheckItOut
    Sayang Kinabalu 

Thursday, 6 December 2012

Tips Elakkan Jatuh Hati Dekat Kawan Sendiri

Assalamualaikum :))
 
 
 


Hehehe tetibe nak update cerita jiwang karat pulak :)) selalu update story serius je.. hari nie Nak tukaq mood pulak.. Jiwang marrreeeyyyyy xD hehehe.. Hari tu,Cik ade tulis entry pasal Tersuka Sahabat Sendiri .. Payah kan bila dah berkawan ni.. Kadangkala bergaduh,Kalangkala boleh lak jatuh hati kat BFF sendiri .. Cik macam ada pengalaman? Mana ada pengalaman lagi *errrkk* 

Bila dah berkawan dengan org yg berlainan jantina,pasti tergeliat,terseliuh,tergelincir,terjatuh hati kepada sahabat sendiri..errmmm perkara ni adalah tipikal bila dah berkawan baik dengan berlainan jantina. Ramai yang kata,jangan berkawan dengan berlawanan jantina,nanti perasaan mudah berlaga *dusshhh* ok what kawan dengan budak lelaki.. Sporting lol ~

Agak awesome kalau kita dapat jaga persahabatan yang terbina dengan org yang berlainan jantina dengan kita. Bila berkawan baik dengan mereka,banyak perkara yang boleh dikongsi dan diperdebatkan bersama kerana lelaki ngan perempuan ni lain pemikirannya daripada emosi & perasaan :)

:: Tips untuk Gegurl yang Tetibe terasa jatuh hati dekat kawan sendiri ::

* Mindset :
- Jangan drag dengan memikirkan perasaan tersebut @ cuba nak explore apakah perasaan yang hadir itu. Perkara ini sudah tentu dapat mengelakkan diri drpd terus-terusan mempunyai perasaan terhadap si dia.


* Jangan cepat tersentuh hati :
- Biasalah kalau dah selalu spend time together,akan ada sesi romantik,ambil berat akan hadir tanpa dipinta @ disedari. So,jangan cepat terasa suuuuuwweeetttt dengan moment begini k :)



* Jangan luangkan masa berdua :
-Perkara seperti ini akan menyebabkan rasa suka akan berubah menjadi cinta.
Biasakan menghabiskan masa secara beramai-ramai. So tumpuan anda akan menjadi luas,Tak lah tertumpu kepada si dia sahaja.






* Kuatkan @ Cekalkan hati :
-Bila ada problems,jangan biasakan si dia sebagai tempat meluah masalah anda. Dah nama pun sahabat baik kan,mesti kalau semua nak share kan? Tapi kalau boleh,elakkan lah yek ~ Kerana kalau anda terus-terusan mengharapkan si dia,lagilah meningkatkan tendency untuk jatuh hati. Lebih-lebih lagi pabila si dia mula mendengar,memujuk,menunjukkan sikap caring,lagilah anda akan terpikat kepada si dia.




* Cuba elakkan daripada membuat perkara yang biasa dilakukan oleh pasangan bercinta : 
- Elakkan bergurau manja,suka bertentangan mata, berkepit ke sana ke mari bersama-sama, yang dimana pabila org lain pandang,mereka akan bertanya mengenai status perhubungan kalian xD .



## Tulis memang senang,nak hadapinya mungkin agak sulit ##

##So,Fikirkan lah dulu Cita-Cita sebelum memikirkan hal Cinta,Soal hati dan perasaan.##



Monday, 3 December 2012

Kita Tanya,Allah Jawab




KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?
ALLAH MENJAWAB DI DALAM AL-QURAN : "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta. (Surah Al-Ankabut ayat 2-3)

KITA BERTANYA : MENGAPA ALLAH MAHU MENGUJI AKU?
ALLAH MENJAWAB DI DALAM AL-QURAN : Sesunguuhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana kami hendak menguji mereka, siapakah diantaranya yang lebih baik amalnya. (Surah Al-Kahfi ayat 7)

KITA BERTANYA:KENAPA AKU TIDAK DAPAT APA YANG AKU INGINKAN?
ALLAH MENJAWAB DI DALAM AL-QURAN : Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. (Surah Al-Baqarah ayat 216)

KITA BERTANYA : KENAPA UJIANKU SEBERAT INI?
ALLAH MENJAWAB DI DALAM AL-QURAN : Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Surah Al-Baqarah ayat 286)

KITA BERTANYA:KENAPA MUDAH RASA SEDIH DAN KECEWA?
ALLAH MENJAWAB DI DALAM AL-QURAN : Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang yang beriman. (Surah Ali-Imran ayat 139)

KITA BERTANYA:KENAPA MESTI BERSABAR?
ALLAH MENJAWAB DI DALAM AL-QURAN : Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah waspada dan bertakwalah kepada Allah, supaya kamu beruntung.(Surah Ali-Imran ayat 200)

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
ALLAH MENJAWAB DI DALAM AL-QURAN : Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu' (Surah Al-Baqarah ayat 45)

KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?
ALLAH MENJAWAB DI DALAM AL-QURAN : Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. (Surah At-Taubah ayat 111)

KITA BERTANYA : BAGAIMANA JIKA AKU TIDAK MAMPU BERTAHAN?
ALLAH MENJAWAB DI DALAM AL-QURAN : Katakanlah: "Hai hamba-hamba-Ku yang malampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Surah Az-Zumar ayat 53)

KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU MESTI BERHARAP?
ALLAH MENJAWAB DI DALAM AL-QURAN : Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal dan Dia adalah Tuhan yang memiliki 'Arsy yang agung. (Surah At-Taubah ayat 129)

"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) diantara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka orang-orang yang fasik." (Surah Ali-Imran ayat 110)

Wallahu a’lam.

JODOH ITU RAHSIA ALLAH S.W.T.









JODOH ITU RAHSIA ALLAH S.W.T.

Sekuat mana kita setia.
Sehebat mana kita merancang.
Selama mana kita menunggu.
Sekeras mana kita bersabar.
Sejujur mana kita menerima dirinya.

Jika takdir Allah menentukan yang kita bukan dengan dirinya.
Kita tidak akan bersama dengannya.
Jika Allah telah menulis jodoh kita dengannya.
Kita tetap akan bersama dengannya.

Kerana tulang rusuk dan pemiliknya takkan pernah tertukar dan akan bertemu pada saat yang tepat menurut ilmuNya, insya-Allah.

Tiada yang kebetulan melainkan semuanya telah dirancang.
Dan sebaik-baik merancang adalah ALLAH S.W.T.

- Facebook Panduan Islam

Bercinta Sebelum Atau Selepas Nikah?




Indahnya bercinta selepas kahwin,hanya akan dirasasi oleh insan-insan yang menghargai dan mengalaminya.
Namun bagi sesetengah manusia beranggapan bahawa percintaan selepas kahwin tanpa mengenali dan bercinta dengan pasangan mereka sebelum berkahwin adalah mustahil untuk dikecapi.
Walhal,yang sebenarnya Allah Swt telah memberi kita garis panduan untuk mengecapi kebahagiaan dan segala galanya bermula daripada redha Allah swt. Perkahwinan adalah perkara yang amat dituntut dalam Islam. Dengan Berkahwin secara sah, perkara yang haram akan menjadi halal dan maksiat akan dijauhi.
Terdapat banyak kebaikan bercinta selepas kahwin manakala bercinta sebelum kahwin lebih membawa kepada keburukan berbanding kebaikan.
Antara Kebaikan-kebaikan bercinta selepas berkahwin:
Selepas berkahwin ungkapan "I love you" adalah sesuatu yang indah dan tidak salah diungkapkan oleh pasangan.Malah ia dapat memekarkan percintaan antara suami isteri.
Malah,berjalan berpegangan tangan juga tidak salah kerana ianya halal dan menambahkan kemesraan antara pasangan.
Apatah lagi jika kita dikurniakan pasangan yang soleh dan solehah..alhamdulillah kita akan bahagia hingga ke akhir hayat.Pasangan yang sentiasa mencari Madrotillah akan mengecapi keindahan bercinta selepas berkahwin.Segala maksiat akan dapat dielakkan.
Kebahagiaan duniawi dan ukhrawi juga turut sama-sama dapat diseimbangkan.Matlamat utama tentunya syurga dan keredhaan Allah.
"Manusia akan bercinta lagi disyurga,tempat pertama yang melahirkan cinta.Ketika itulah fitrah akan menjadi anugerah yang berharga dan bernilai".
Bercinta sebelum kahwin:
Pasangan yang belum ada apa-apa ikatan,tetapi kemesraan sudah mengalahkan suami isteri.Kata mereka,zaman dah berubah,dunia dah maju.Hidup hanya sekali.
Bercinta bagai nak rak,bila putus ditengah jalan mulalah buat perkara yang bukan-bukan,lebih teruk lagi ada yang cuba untuk membunuh diri apabila kecewa kerana kata mereka,hidup sudah tiada guna tanpa cinta daripada pasangan mereka.
Ungkapan-Ungkapan romantis seperti
"I love you my dear..".
"I love you so much darling...".
"I tak boleh hidup tanpa sayang...".
"Sehari tak berjumpa,serasa setahun..."
"Rindunya...i.."
 akan kerapkali dialunkan oleh pasangan-pasangan yang bercinta kepada pasangan masing-masing
Pasangan yang mendengarnya pula,tentu rasa dihargai yang teramat sangat dan terpesona dengan ungkapan-ungkapan berbunga seperti itu.Maka,mulalah orang ketiga datang dan memainkan peranannya .Bisikan halus dan pujuk rayu yang mempersonakan akan ditiup lembut ketelinga pasangan-pasangan yang sedang hangat bercinta.Akhirnya mereka berjaya juga meramaikan ahli kelab neraka,dan mereka pasti bertepuk tangan meraikan kegembiraan dan kemenangan.Dosa-dosa pun akan meningkat dan menggunung.Pelbagai jenis maksiat akan dilakukan tanpa rasa bersalah kepada Allah.
Jika ada yang menasihati atau melarang tentu mereka akan berkata:
"Cinta apakah namanya ini,jika tidak ada dating,calling,chatting,sms romantik,surat cinta,bersentuhan tangan,kerlingan dan senyuman".
Renungilah Firman-Firman ALLAH:
"Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu". (An-Nisaa' ayat:1)
"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; dan sesiapa yang menurut jejak langkah Syaitan, maka sesungguhnya Syaitan itu sentiasa menyuruh (pengikut-pengikutnya) melakukan perkara yang keji dan perbuatan yang mungkar. Dan kalaulah tidak kerana limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu, nescaya tidak ada seorang pun di antara kamu menjadi bersih dari dosanya selama-lamanya; akan tetapi Allah membersihkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan (ingatlah Allah Maha Mendengar) lagi Maha Mengetahui". (An-Nuur ayat:21)
"(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia". (An-Nuur ayat:26)
Hayatilah Sabda Rasullullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam:
"Kepadaku diberikan tiga idaman oleh ALLAH di dunia:isteri solehah,berwangi-wangian dan sejik mata (jiwa) ku dalam sembahyang". (Hadis Riwayat Ahmad dan An Nasai).
"Tidak berdua-duaan seorang lelaki dan seorang wanita di tempat sunyi melainkan syaitanlah orang ketiganya". 
Marilah kita sama-sama renung samada kita tergolong dalam manusia yang beriman atau sebaliknya.
Sumber imej : Google Image

Friends Quotes



Assalamualaikum :))

Ohhhh! Tetibe Cik rasa rindu lak kat kengkawan... Semua dah berjauhan

 sambung belajar.. Tak pe,tak pe.. Belajar itu kan satu tuntutan :))  Ehhh tapi 

 Memang betul-betul rindu kot xD . Disebabkan Malam ne tetibe je rase rindu 


kat deme , Cik pun Dengan Rajin dan Penuh Perasaan pergi kat Mr.Google dan 

Copypaste segala gambar Mengenai Persahabatan... Moh ler Lihat :)