Friday, 30 November 2012

Trend Wanita Bertudung: Fesyen @ Syariat?

 
 
 
 
 
Bertemu kembali di ruangan Sahabat Pena.. Kali ini saya ingin berkongsi tentang "Trend Wanita Bertudung: Fesyen @ Syariat" yang sekarang di anggap remeh oleh sesetangah pihak. Persoalan di sini, adakah ianya menepati syariat Islam?? Tanyalah pada diri kita masing-masing. Pada hari ini ramai yang bertudung tetapi seolah-olah bertelanjang. Apa tidaknya, memakai tudung hanya trend dan fesyen. Mungkin ada sesetengah pihak mengambil ringan akan perkara sebegini. Mereka beranggapan sekadar tutup kepala sudahlah. Dah dikira pakai tudung. Ada juga yang kata: "ala..tak apa fesyen". Bagi orang yang bertanggapan sebegitu sebenarnya dia adalah orang yang jahil. Kalau tengok di pasaraya-pasaraya, ada yang pakai tudung elok tetapi bawah terbuka. Ada pula yang pakai tudung, tapi bawah baju ketat dan singkat sampai nampak pusat. Ada yang pakai tudung, tetapi lengan pendek. MasyaAllah..Inikah yang dikatakan mengikut syariat? Bila fikir-fikir balik, sedih rasa tengok keadaan macam ini. Inilah fenomena yang berlaku dalam masyarakat kita hari ini. 

Dulu masa saya belajar di Terengganu, lain pula ragamnya. Ada yang bila pergi kuliah, alim, sopan, pakai tudung semua, tapi bila keluar dari kampus tudung entah ke mana. Depan keluarga pun ada setengah tu elok saja pakai tudung, tapi bila jauh dari pandangan keluarga tudung pun sudah tak ada dah atas kepala. Mungkin inilah yang dikatakan kejutan budaya. Bila jadi macam ini, orang akan salahkan ibu bapa yang tidak mendidik anak mereka. Tapi bagi saya, tidak semuanya berpunca dari ibu bapa. Ada ibu bapa yang didik anak mereka dengan didikan agama semua lengkap pun alih-alih tengok anak itu pun sedemikian rupa. Sebenarnya diri seseorang itu sendiri perlu pandai jaga dan pelihara di samping perlu kepada keimanan yang kukuh untuk membenteng diri dari pengaruh-pengaruh luar. 
    
Sekarang ini pula, pemakaian tudung menjadi satu trend dikalangan masyarakat, artis-artis di luar sana. Ada sesetengahnya pakai tudung bukan kerana 'SYARIAT' yang dituntut dalam agama, tapi kerana mengejar publisiti atau dengan kata lain untuk 'GLAMOUR'. Kalau dilihat dalam dunia artis ni, bila seorang pakai tudung dan mendapat perhatian media dan masyarakat, lepas tu nanti akan ada orang yang akan ikut serta. Tapi harap-haraplah yang pakai tudung tu betul-betul istiqamah dengan niat untuk berubah dan kerana syariat agama juga bukan untuk kejar nama dan pangkat semata-mata. 


Kalau dilihat cara wanita bertudung sekarang, memang bingung kadang-kadang bila difikirkan apakah tujuan mereka bertudung? Kadang-kadang itu wanita bertudung kerana ingin mengikut fesyen. Malah boleh nampak ada antara wanita yang memakai tudung masih nampak telinga. Ada juga yang menampakkan subang untuk lebih bergaya. Bukan itu sahaja, tudung pula sudah semakin pendek dan tidak menutup dada. Adakah ini cara memakai tudung yang betul? Sudah tentu tidak!

  
Adakah tudung begini menepati syariat?
    
~Contoh tudung tidak mengikut syariat~
Nabi kita Muhammad SAW telah memperingatkan kepada kita sejak 1400 tahun dahulu.
"Di akhir zaman akan berlaku di kalangan umatku wanita yang berpakaian seperti telanjang. Atas kepala mereka seperti bonggol unta, laknatlah mereka kerana wanita yang dilaknat".

Dalam al-Quran juga ada menyebut mengenai syariat bertudung ini yang mana telah disebut dalam surah an-Nur ayat 31 yang bermaksud :

".....dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka".

Marilah kita sama-sama muhasabah diri kita dan keluarga kita agar apa yang kita lakukan sentiasa mendapat keberkatan. Bukan mamakai tudung hanya untuk berfesyen atau ikut trend semasa, tetapi biarlah mengikut syariat agama yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Banyak hikmah disebalik kita bertudung ini yang mana salah satunya ialah untuk menutup pintu fitnah yang berpunca dari keinginan diri manusia dan juga untuk mengelakkan maksiat mata. Jadi, sama-samalah kita menjaga maruah diri kita.
'Secantik-cantik wanita ialah wanita yang pandai menjaga akhlak dan maruah dirinya dari fitnah dunia'

Kerjaya Seorang Peguam

KERJAYA SEORANG PEGUAM YANG SERING DIPANDANG SERONG


Selamat membaca kepada pembaca. Lama juga tak update blog ye.
tercetus meletupus idea tajuk nie sebab saya sering ditanya mengenai keburukan kerjaya ini dan bukanlah kebaikan yang dipandang.(whats wrong eh?)



PEGUAM TERDIRI DARIPADA PEGUAMBELA DAN PEGUAM CARA.
untuk kes jenayah adalah antara PENDAKWARAYA dan PEGUAMBELA
untuk kes sivil adalah antara PEGUAMCARA DAN PEGUAMBELA
jadi tugas peguam bukanlah hanya bela orang 'jahat' je.

"Sebelah kaki masuk neraka"

Biasa dengar kan?Sabar jelah...abis mengumpat dan mengata orang dan tak mintak maaf tu buka dosa jugak ke?
Kenapa orang kata "oi peguam jahat sebab bela orang yang salah.BELA ORANG JAHAT katanya"
Tahukah anda dituduh tak semestinya orang tu yang buat jahat...nama pun DITUDUH.ape perasaan korang, korang tak makan pun kuih tu tapi semua orang cakap korang makan sebab korang je yang ada kat dapur tu?(apa kene mengena dengan kuih pulak)
ahh tak kisahlah...neraka dan syurga adalah Allah je yang tahu bergantung pada amalan masing-masing.korang semuanya yang tak elok je sikit masuk neraka..kalau orang tu bertaubat.macam mana?

"lawyer@peguam jahat"

Baru dengar kes kes lawyer bunuh orang dah korang buat kesimpulan lawyer SEMUA JAHAT.isk-isk..
bukanlah saya nak backup lawyer "tu" tapi fikirlah secara logik pulak, bukan semua lawyer macam tu, itu masalah peribadi bukan kerjaya
abis tu kalau client tak bayar fees pulak korang tak kire lak macam mana kan?dah penat-penat lawyer tu bagi dia menang dan lepas penjara ke atau menang claim ke,tapi lawyer tak dibayar...SAPA JAHAT TU?

"Bayar lawyer mahal, lawyer cekik darah"

Kenapa lah ye, kalau rasa mahal tak payah engage lawyer la.dan tak payah komplen. Kenapa mahal?
Pertama nak belajar law susah tau tak...siap failed subjek dan repeat2.korang yang belajar law satu subjek pun kata susah apetah lagi yang belajar semua law....

korang tu tau tak paling cepat habis belajar law pun 5 tahun, itu termasuk asasi setahun, degree 3 tahun dan profesional degree setahun.tu paling cepatlah...5 TAHUN tau tak betapa lamanya?macam amik diploma+ degree..isk-isk...
ada orang amik asasi 1 tahun setengah+degree 4 tahun pula...da berapa lak 5 TAHUN SETENGAH
dah belajar susah-susah kene buat chambering 9bulan yang application punyelah susahh..gaji berdasarkan elaun....paling2 koman pun 6 tahun COMPLETE LAH SEMUANYA NAK JADI LAWYER.macam jadi dokter pun ada dah

Lepastu jadi lawyer hijau (junior) dengan gaji kecik...susah payah tau...korang sedap2 nak menang kes tapi bayar murah...pastu komplen...FIKIRLAH berbaloi tak gaji lawyer mahal?PROFESIONAL mana ada murah2=)


Itu 3 perkara negetif yang selalu masyarakat pandang lah. Ini pula di sebalik kenegetifan korang tu.  Didapati dari here




Soalan:
Ada seorang ustaz aliran tradisional tempat saya ni bertegas bahawa sesiapa yg 
kerja sebagai lawyer/hakim atau yang seumpamanya (non-syariah legislation)
akan masuk neraka lantaran pekerjaan mereka itu. Ini kerana mereka menggunakan & mengiktiraf hukum-hakam ciptaan barat/manusia (cth: Brit common law) instead of hukum-hakam dari Al-Quran dan Sunnah. Bagaimana tu?
Jawapan:

بسم الله

والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد
Lawyer atau peguam, menurut istilah feqah ialah: ‘wakil dalam perbicaraan’. Seseorang yang berhadapan kes mahkamah mewakilkan individu yang layak sebagai jurubicara bagi pihak dirinya.
Dimaklumi dalam syarak, wakalah (perwakilan) seperti ini adalah HARUS pada asalnya. Jadi, pada dasarnya profesyen lawyer/peguam adalah berkaitan ‘wakalah fi al-Khusumah’ (perwakilan dalam perbicaraan), yang dimaklumi keharusannya. Dan fuqaha memperincikan hukum ini dalam kitab al-Wakalah.
Mewakilkan individu lain dalam perbicaraan (istilah sekarang: lantik peguam) berlaku pada zaman sahabat, sebagaimana Ali r.a. mewakilkan Aqil bin Abi Talib r.a., dan selepas Aqil berusia, Ali mewakilkan Abdullah bin Jaafar. Sunan Baihaqi (no: 11219).
Berkaitan dengan hukum menjadi peguam/lawyer dalam sistem perundangan yang tidak berhukum dengan syariat (bukan semua undang-undang itu menyalahi syariat), perlu difahami bahawa undang-undang itu bukanlah digubal oleh peguam itu. Jadi, bukan dia yang menanggung dosa tersebut. Yang bertanggungjawab ialah penggubalnya. Dasar dalam syarak, seseorang tidak menanggung dosa yg dilakukan oleh orang lain.
Cuma seseorang peguam Islami mestilah menjaga beberapa perkara spt:
i- tidak boleh menuntut supaya dilaksanakan undang-undang yang bercanggahan dengan Islam.
ii- tidak boleh menjadi peguam kepada seseorang yang diketahui bahawa dia di pihak yang salah.
iii- jika peguam itu mendapati ketika perbicaraan bahawa anak guamnya di pihak yang bersalah, maka wajiblah dia menarik diri daripada mewakilinya.
-rujukan: Fatawa Mustafa al-Zarqa’ m/s 379-381.
(Syeikh Mustafa al-Zarqa’ adalah seorang ulama Syria, wafat tahun 1420H. Beliau pernah menjadi peguam di Syria selama 10 tahun, dan meninggalkan profesyen tersebut kerana beliau meletakkan syarat dalam guamannya, iaitu jika dia dapati anak guamnya di pihak yg batil, beliau menarik diri daripada mewakilinya. Syarat seperti ini menyebabkan orang tidak mahu mengambilnya peguam. Kemudian, beliau menumpukan kepada bidang akedemik. Rahimahullah)
Jawapan asal penulis di Al-Ahkam.Net

Guaman, Kerjaya Yang Disalah Fahami


Saya adalah seorang pelajar undang-undang di sebuah institut pengajian tinggi di Lembah Kelang. Sebagai seorang yang bakal menceburi bidang guaman, saya sering diserang dengan soalan dan tuduhan yang bukan-bukan. Antaranya:
 
“Peguam adalah kerja yang hina kerana sanggup membela pesalah.”

“Apa hukum hakim buat keputusan yang salah?”

Dalam menjawab soalan sebegini, saya suka menggunakan hujah akal kerana saya tidak berapa mahir dalam dalil naqli.

Jadi, dalam perkara pertama, peguam sering difitnah sebagai golongan yang hina kerana membela pesalah. Benarkah begitu?

Kita lihat satu situasi. A dihadapkan ke mahkamah kerana dituduh membunuh seorang wanita dengan kejam. Seluruh masyarakat menghukum A sebagai pembunuh selepas melihat muka A di muka hadapan akhbar. Walaupun mahkamah belum bersidang, tapi hukuman telah dijatuhkan oleh masyarakat. Kemudian disiarkan pula wajah peguam bela bagi A. 

Maka peguam ini juga dituduh sebagai seorang yang tak berhati perut kerana membela pembunuh.

Persoalan sekarang, atas justifikasi apa masyarakat menjatuhkan hukuman ke atas A?

Dalam situasi ini, peguam tersebut bertindak atas prinsip seseorang itu tidak bersalah selagi tidak dibuktikan bersalah. Salah kah prinsip ini? Adakah hanya kerana hanya seorang suspek maka dia lah yang sebenar bersalah? Mudah benar kita membuat andaian.

Peguam tersebut bersangka baik terhadap A kerana bersangka jahat itu salah. Maka oleh kerana mahkamah belum bersidang, tiada apa yang dapat menghalang peguam itu dari membantu membuktikan yang A tidak bersalah.

Andai kata ada seorang saksi, B yang melihat A membunuh. Maka adakah peguam itu harus tunduk saja kepada hujah B itu? Sudah tentu tidak. Oleh kerana tidak diketahui siapakah sebenarnya yang membunuh wanita itu, maka sudah tentu peguam itu akan menentang hujah B bermatian. Bagi peguam itu, boleh jadi B tersilap, dan boleh jadi juga B menerima rasuah.

Maka itu, peguam itu tetap membela A bagi membuktikan yang dia tidak bersalah. Kita tidak tahu samada A benar-benar bersalah atau tidak kerana prinsip yang diguna adalah seseorang itu tidak bersalah selagi tidak terbukti bersalah.

Maka, salah kah bagi peguam itu bersangka baik terhadap A? Sudah tentu tidak bukan? Jadi dengan prinsip itu dan amalan bersangka baik ini, peguam itu akan berusaha membela A bermatian kerana tiada yang mengetahui perkara sebenar kecuali A dan Allah. Jadi selagi mahkamah tidak menjatuhkan hukuman ke atas A, selagi itu peguam itu mesti membela A demi mengelakkan seorang yang tidak bersalah dianiyai.
Itu persoalan pertama.

Persoalan kedua, adakah hakim yang menjatuhkan hukuman yang salah itu berdosa?

Dalam satu hadis, Rasulullah bersabda bahawa jika seseorang itu berijtihad dan ia betul, maka baginya 2 pahala. Jika sekiranya ia berijtihad dan ia salah, maka baginya 1 pahala.

Bagaimana kah seorang hakim itu membuat keputusan? Adakah secara membuta-tuli? Sudah tentu tidak! Hakim membuat keputusan berdasar kepada apa yang ada di hadapan nya. Jika perkara itu pada tafsirannya begitu, maka begitulah. Kalau hakim membebaskan suspek kerana tidak cukup bukti, maka salah kah hakim? Sudah tentu tidak kerana hakim tidak boleh membuat keputusan berdasarkan sentimen masyarakat. Selagi tidak dibuktikan bersalah, selagi itu lah orang itu tidak bersalah.

Jadi tiada kesalahan di atas bahu hakim sekiranya keputusan itu rupanya salah. Kerana dia membuat keputusan berdasar pada ijtihad selepas melihat segala bukti yang dikemukakan oleh kedua belah pihak. Dan orang luar tak patut mempertikai keputusan ini kerana sudah nyata tiada sebab orang itu perlu dihukum bersalah.

Hanya Allah dan suspek sahaja yang tahu apa yang sebenar berlaku. Bagi seorang hakim yang tiada keupayaan untuk berdialog secara langsung dengan Allah seperti nabi Musa, maka tidak patut kita menyalahkan hakim yang langsung tak buat salah.
Ingat, seseorang itu tak bersalah selagi tak dibuktikan bersalah.

Wallahua’lam.

PEKERJAAN SEBAGAI PEGUAM



  1. Di antara keistimewaan syariat Islam ialah mengambil berat pada menegakkan keadilan dan memberi kepada setiap orang akan haknya dengan tidak melampaui atau mengurangi batasan. Allah telah menyuruh kita supaya berlaku adil dan membuat kebaikan. Atas sebab keadilanlah maka diutuskan para rasul dan diturunkan kitab-kitab Allah, begitulah tegaknya hukum Allah di dunia dan akhirat. Islam mewajibkan semua penganutnya supaya membela dirinya atau keluarganya atau maruahnya apabila menempuh kezaliman atau ancaman. Dari itu jika seseorang itu telah dituduh di dalam sesuatu perkara "case" sedang ia percaya dirinya tidak bersalah, hendaklah ia membela dirinya. Kalaulah keadaan tidak membolehkan ia membela dirinya secara peribadi sehingga ia terdesak untuk mendapatkan bantuan guaman, bolehlah ia menempah seorang peguam. Hukum syarak mengenai penempahan peguam demi membela diri atau sebagainya dengan secara hak dan menegakkan keadilan adalah harus.
  2. Tugas sebenar seorang peguam ialah membela hak-hak orang ramai dalam perkara yang berkaitan dengan undang-undang. Ini adalah satu pekerjaan yang mulia dan terhormat di sisi agama Islam. Kerana menegakkan kebenaran dan menolak sebarang bencana dan kezaliman adalah satu daripada prinsip Islam sebagaimana firman Allah swt dalam surah An-Nisaa, ayat 135: ertinya: "Hai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu tegakkan keaddan serta menjadi saksi atas kebenaran kerana Allah, meskipun terhadap dirimu sendiri atau terhadap ibu bapa dan karib kRerabatmu. "
Jika si peguam itu berbuat sebaliknya dengan membela yang salah dan batil, ini adalah satu perbuatan yang terkeji di sisi Islam dan berdosa besar. Rasulullah saw pernah menerangkan kedudukannya dengan sabdanya yang bermaksud: Dari Ibnu Umar r.a. bahawa Nabi Muhammad saw telah bersabda "Barangsiapa menggunakan rayuannya untuk menghalang dari ddaksanakan hukum Allah, sesungguhnya ia telah menentang Allah. Dan barangsiapa yang mendakwa hak pada yang batd sedang ia tahu ia tidak berhag sesungguhnya ia dalam kemurkaan Allah sehingga ia kembali kepada yang benar. Dan barangsiapa memburuk-burukkan terhadap seorang mukmin sedang orang yang diburukkan itu tidak bersifat demikian, maka Allah akan menempatkannya di dalam neraka sehingga ia menghentikan apa yang dikatakan itu. Dan barangsiapa yang memihak dalam sesuatu pertelingkahan secara zalim, sesungguhnya ia mendapat kemurkaan dariAllah swt."

Siapa itu Peguam


Peguam
Peguam memberikan nasihat undang-undang yang berhubung dengan berbagai-bagai perkara kepada pelanggannya dan membela kes atau menjalankan pendakwaan di mahkamah atau mengarahkan barrister atau peguam bela untuk membela di mahkamah yang lebih tinggi.







Anggaran Gaji
  • Sektor Awam (RM) : 1,700 – 5,200
  • Sektor Swasta (RM) : 1,960 – 4,280


Tahap Pendidikan
  • Ijazah Sarjana Muda Perundangan


Contoh Institusi
  • Universiti Malaya
  • Universiti Sains Malaysia
  • Universiti Teknologi Mara
  • Universiti Malaysia Sarawak
  • Universiti Teknologi Malaysia
  • Universiti Putra Malaysia
  • Institut Teknologi Tun Hussein Onn
  • Kolej Tunku Abdul Rahman
  • Universiti Malaysia Sabah


Senarai Tugas
  • Mewakili pelanggan di mahkamah rendah atau mengarahkan barrister atau peguam bela membela kes di mahkamah yang lebih tinggi;
  • Membantu pelanggan merundingkan penyelesaian dalam hal yang melibatkan pertikaian undang-undang;
  • Mendraf perundangan dan menyediakan peraturan kerajaan berdasarkan undang-undang yang sedia ada;
  • Memberikan nasihat undang-undang berhubung dengan berbagai-bagai perkara kepada pelanggannya (termasuk kerajaan) dan Menjalankan urusan undang-undang bagi pihak pelanggan;
  • Menjalankan penyelidikan ke atas teori dan prinsip undang-undang dan hubungannya dengan undang-undang tertentu atau penghakiman mahkamah;
  • Menerima arahan dan membela di mahkamah yang lebih tinggi;
  • Menyediakan pembelaan atau kes bagi plaintif atau defenden dan menjalankannya di mahkamah;
  • Memeriksa keadaan pertikaian atau jenayah yang dilaporkan untuk memastikan fakta dan implikasi undang-undangnya;
  • Menyediakan dokumen undang-undang, wasiat, afidavit, dan kontrak serta mengendalikan sumpah;
  • Bertindak sebagai pendakwa bagi pihak kerajaan dalam kes jenayah;


Contoh Pekerjaan Lain
  • Pegawai undang-undang pendakwa
  • Pegawai undang-undang gubalan
  • Pegawai undang-undang peguamcara
  • Pegawai undang-undang penasihat
  • Pegawai undang-undang biro bantuan guaman
  • sumber 

Kelayakan sebagai Peguam Syarie

Assalamualaikum :))

(1) Tertakluk kepada subkaedah (4), mana-mana orang yang memenuhi syarat yang berikut adalah layak untuk menjadi seorang Peguam Syarie:

(a) seorang yang beragama Islam;

(b) seorang warganegara Malaysia;

(c) berkelakuan baik dan tidak pernah disabitkan di Malaysia atau di mana-mana tempat lain atas apa-apa kesalahan jenayah (di bawah Undang-undang bertulis), bukan seorang yang bankrap atau tidak pernah didapati bersalah atas apa-apa perbuatan atau ketinggalan yang dinyatakan di dalam perenggan 33(6)(a), (b), (c), (e), (f), (h), (k) atau (l) Akta Kebankrapan 1967 [Akta 360];

(d) tidak dipecat, hilang kelayakan atau digantung atas kapasitinya sebagai seorang Peguambela dan Peguamcara; dan

(e) (i) memiliki Ijazah Sarjana Muda Syariah dari mana-mana Universiti atau mana-mana institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan tertakluk kepada syarat yang ditetapkan di dalam subkaedah (2); atau
    (ii) seorang peguambela dan peguamcara dan mempunyai Diploma Lepasan Ijazah dalam bidang Undang-undang Syariah dan amalan dari mana-mana universiti atau institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan telah menjalani latihan dalam kamar tidak kurang daripada tiga bulan;

(f) telah lulus ujian bertulis atau temuduga atau kedua-duanya sekali sebagaimana yang ditetapkan oleh Jawatankuasa.


(2) Penerimaan masuk sebagai Peguam Syarie di bawah subperenggan (1)(e)(i) hendaklah tertakluk kepada syarat berikut:
    (a) jika seseorang itu memiliki Ijazah Sarjana Muda Syariah dari mana-mana institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia selain daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, dia hendaklah juga memiliki—
      (i) Diploma Undang-undang Pentadbiran Kehakiman Islam daripada Universiti Islam Antarabangsa; atau

      (ii) mana-mana Diploma Lepasan Ijazah yang setaraf dan diiktiraf oleh kerajaan Malaysia; dan

      (iii) telah tamat latihan dalam kamar selama sembilan bulan di mana-mana firma guaman syarie;

    (b) jika seseorang itu memiliki Ijazah Sarjana Muda Undang-undang dan Ijazah Sarjana Muda Undang-undang (Syariah) dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia atau setaraf dengannya, dia telah tamat latihan dalam kamar selama sembilan bulan dari mana-mana firma guaman syarie,

    dengan syarat Jawatankuasa boleh, menurut budi bicaranya, mengecualikan seseorang berkelayakan daripada menjalani sesuatu tempoh latihan dalam kamar atau sebahagian daripadanya apabila permohonan dibuat kepadanya dengan disokong oleh keterangan yang memuaskan bahawa ada hal keadaan yang mewajarkan tempoh latihan dalam kamar itu dikecualikan atau dipendekkan.
(3) Latihan dalam kamar hendaklah diselia oleh seorang Peguam Syarie yang sedang dan telah menjalankan amalan secara aktif di Malaysia bagi tempoh tidak kurang daripada tujuh tahun sebelum sahaja latihannya bermula.

(4) Penasihat Undang-undang Negeri dan Peguam Persekutuan di Pejabat Penasihat Undang-undang Negeri Selangor atau pegawai yang dilantik di bawah Akta Bantuan Guaman 1971 [Akta 26] hendaklah disifatkan telah dilantik sebagai Peguam Syarie oleh Majlis di bawah Kaedah ini dan kaedah 9 adalah tidak terpakai bagi pegawai itu dan, pegawai itu boleh, jika tugas rasmi memerlukan, mewakili mana-mana pihak dalam mana-mana Mahkamah.




10 Perkara Kelakar Di Bulan Ramadhan


Assalamualaikum..
Sempena kedatangan Ramadhan Al Mubarak ni,banyak perkara yang melucukan akan berlaku pada bulan Ramadhan =)


  • Ramai yang puasa tapi tak solat 5 waktu
  • Ramai yang puasa tapi tak tutup aurat
  • Ramai yang puasa tapi masih pergi dating
  • Ramai yang puasa tapi masih lagi berpakaian seksi
  • Ramai yang puasa tapi masih lagi ke kelab malam
  • Ramai yang puasa tapi masih ramai yang tidak menunaikan solat tarawikh
  • Ramai yang puasa tapi masih tengok benda-benda maksiat
  • Ramai yang puasa tapi masih mengumpat
  • Ramai yang puasa tapi masih lagi yg lelaki menyurapai wanita dan wanita menyerupai lelaki (al-Mutasyabbhihatu birrijal )
  • Ramai yang puasa tapi masih lagi meninggalkan solat jumaat
Semua ni memang ada yang terjadi bulan Ramadhan..Bagi orang-orang yang beriman,kedatangan Bulan Ramadhan adalah bulan beribadat kerana besar ganjaran dan fadhilatnya dan bagi orang-orang fasik / munafik,mereka menanti kedatangan Ramadhan adalah untuk berdiet dan berjimat duit.

"Puasa ertinya menahan diri dari makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai terbit fajar hinggalah terbenam matahari."

Daripada pengertian puasa kita tahu bahawa tak guna puasa kalau diri tak dapat menahan diri daripada perkara yang boleh membatalkan puasa.
Jadi..Yang mana satukah kita?Adakah kita tergolong daripada golongan yang di sebut di atas atau sebaliknya?Renung-renungkan.Semoga Allah pelihara kita dunia dan akhirat. =)

                                                           

Eleven Hints 4 Life

                                                                               Assalamualaikum :)










1. It hurts to love someone and not be loved in return.
But what is more painful is to love someone and never
find the courage to let that person know how you feel.


2. A sad thing in life is when you meet someone who
means a lot to you, only to find out in the end that it was
never meant to be and you just have to let go.

3. The best kind of friend is the kind you can sit on a
porch swing with, never say a word, and then walk away

feeling like it was the best conversation you've ever had.

4. It's true that we don't know what we've got until we lose
it, but it's also true that we don't know what we've been
missing until it arrives.

5. It takes only a minute to get a crush on someone, an
hour to like someone, and a day to love someone-but it
takes a lifetime to forget someone.

6. Don't go for looks, they can deceive. Don't go for wealth,
even that fades away. Go for someone who makes you
smile because it takes only a smile to make a dark day
seem bright.


7. Dream what you want to dream, go where you want to go,
be what you want to be. Because you have only one life and
one chance to do all the things you want to do.


8. Always put yourself in the other's shoes. If you feel that it
hurts you, it probably hurts the person too.


9. A careless word may kindle strife. A cruel word may wreck
a life. A timely word may level stress. But a loving word may
heal and bless.


10. The happiest of people don't necessarily have the best
of everything they just make the most of everything that comes
along their way.


11. Love begins with a smile, grows with a kiss, ends with
a tear. When you were born, you were crying and everyone
around you was smiling. Live your life so that when you die,
you're the one smiling and everyone around you is crying.


#copy dari blog kawan.. yang ori :)




Tanda-Tanda Kematian


Assalamualaikum ya Ahli Kubur :)

Amacam , takut tak dengan tajuk entry Cik? hewhewhew~ Ramai yg sukar untuk membaca disebabkan ketakutan dengan huraian ini akhirnya pergi meninggalkan dunia..

Adapun tanda-tanda kematian mengikut ulama adalah benar & ujud cuma amalan & ketakwaan kita sahaja yg akan dapat membezakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini :) Wallahualam 





-100 hari-
*Tanda pertama dari Allah kepada hambanya.
*Berlaku lazimnya selepas Asar. Seluruh tubuh dari hujung rambut hingga hujung kaki akan mengigil.
*Bagi mereka yg tak diberi kesedaran,tanda ini akan lenyap begitu saja tanpa manfaat.

-40 Hari-
*Juga berlaku selepas waktu Asar. Bahagian Pusat akan berdenyut-denyut.
*Waktu inilah daun yg tertulis nama kita akan gugur dari pokok yg letaknya di Arasy Allah.
*Malaikat Maut akan mengambil daun itu & buat persediaan ke atas kita.

-7 Hari-
*Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yg diuji dengan musibbah kesakitan dimana orang yg sakit & tiada selera makan.

-3 Hari-
*Terasa denyutan di tengah-tengah dahi.
*Jika tanda ini dapat dikesan,eloklah jika kita berpuasa supaya perut tak mengandungi banyak najis.
*Telinga akan layu,mata hitam tak lagi bersinar,hidung akan jatuh,tapak kaki yang terlunjur akan perlahan-perlahan jatuh ke depan & sukar ditegakkan.

-1 Hari-
*Berlaku sesudah asar,Kita akan merasa satu denyutan di kawasan ubun-ubun dimana ini menandakan tidak lagi berkesempatan menemui asar keesokkan hatinya .

-Tanda Akhir-
*Merasa keadaan sejuk dibahagian pusat,naik ke pinggang & ke halkum.
*teruskan mengucap kalimah Syahadah & berdiam diri menantikan kedatangan malaikat maut.,




Oleh itu,kengkawan sume,marilah bertakwa & berdoa kepada Allah agar kita diantara orang yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda kematian itu. Amin~

Apa Perempuan Akan Buat Bila Putus Cinta ?

Assalamualaikum ;)

Hewhewhew sebelum nie Cik ade je tulis Entry Pasal Lelaki Bila Terputus nye Percintaan Mereka.. Hekhekhek nak Baca? Pergi kat SINI LER :)


Kali ni Cik nak share dengan korang mengenai perubahan Kaum Hawa bila Putus Cinta </3 ~ 

LetsCheckItOut :))

# Mesti gegurl yg baru putus cinta,balik rumah je terus koyakkan gambar,kad birthday,surat-surat cinta & teddy bear dah jadi alas tempat lepaskan kesedihan :(

# Makan tak Ingat Dunia untuk hilangkan Stress.


# Patahkan simkad then beli Number baru *xnak ingat kisah lama lettew*


# Hantar lagu Cinta tangkap Leleh yg pernah menjadi lagu Bersama Bekas kekasih.

#Layan lagu jiwang *siap download lg dengar memalam*

# yg Jenis beriman & baik pula,sudah tentu mereka akan bersujud kepada-Nya kerana percaya cinta yg kekal abadi adalah untuk-Nya :)



Oh ~~ Cik ade terjumpa Ne .. Memang Ngam :))



Bila Lelaki Putus Cinta


Assalamualaikum :)

Nak cer pasal ape ek? mcm setiap hari lak update blog~ hewhewhew bosan bha dirumah x de buat ape2.. so drpd melakukan perkara x berpekdah,bgus menulis kan? hekhekhek. Td terfikir gak kalau lelaki break-up apa dorg akan lakukan ek? sedih x? sebab Cik rase kalo gegurl yg bru putus sinta(ayat org sabah)mesti emosi giler kan? dok terperap je dalam bilik~ kan~ kan~ kan~ haha x usah ler nak menipu sebab sy pun rase benda yg sama xD

Tapi lelaki ni ego kan?? opppssss bukan Cik yg cakap,kawan yg cakap xD oh Umie pun ade abg.. memang x dinafikan bila dia putus cinta,dia buat cool je.. like nothing happened gittuw lorh :p .. Tapi dok terperap je dalam bilik hekhekhek ~ selidik punye selidik,RUPANYA~ dah break-up dengan awek :( . Tak pe lah Bro,xde Jodoh .. Nak buat mcm mana kan ??

so Cik nak kongsi sikit mengenai kaum Adam bile tengah Frust XD~ 

-Buat2 cool pdhal dala hati mcm empangan air yg tengah bocor .

-Menyendiri & jd pendiam.

-tibe2 masuk tidur awal * x penah lak dibuat sebelum nie*

- Mula merokok *stress la katakan*

-Layan lagu jiwang *konon mengimpau kenangan terindah dengan Ex

-Tak kesah pasal handphone dah.. Letak merata je phone~ 





HAHAHAHA BUKAN SEKUNTUM *CARIK LAIN* :))
 

Thursday, 29 November 2012

EX Lover Masih Mengharap kat Kita ??

hekhekhek tetibe nak update cite jejiwang xD .. Cik percaya rakan2 yg hidup pada abad 21 nie mesty perbah bercinta ken? then terputus ditengah jalan.. sedih x?? sape x pernah rase tu,pergi cecepat mintak break kat pasangan ~gurau~ hewhewhew so gegurl kat luar sane,kalau pasangan anda tinggalkan anda tanpa sebab,jangan terlalu sedih taw taw taw.. Cik percaya n yakin mesti ade yg lebih BAIK,lebih HENSEM,lebih BAGUS,and paling penting KAYA ok ~ hewhewhew .. TAPI ~ bile da BREAK-UP,  adakah anda mempunyai perasaan dendam? mesti korang ade tertanye2 ken di minda bila dah putus cinta;  - ANTARA SOALAN KORANG MESTI BERBUNYI - (1) Adakah aku masih mengharap kat dia? (2) Aku masih benci dia atas kesalahan ug dia lakukan ke? (3) Perlukah aku berkawan mcm biasa dengan dia? hekhek ~Setiap org,lain pendapat nye kan??? so TEPUK DADA,TANYA IMAN.. Cik ade sertakan doa bagi mereka2 yg putus cinta & sedang merawat kesedihan xD







Kawan Rapat ? Kawan Baik? Kawan Biasa? Banyaknya~

Assalamualaikum :)

Setiap manusia pasti ada kawan kan? tak yah gebang kalau nak cakap x kenal erti kawan.. tak kiralah kawan baik ke,kawan x berapa baik ke,kawan rapat ke,x berapa rapat ke...Semuanya itu KAWAN~ tapi kan,sebelum ne Cik ade tulis pasal S.A.H.A.B.A.T . nak tgok ? Ce tekan SINI :)

opppssss ! tapi ade BEZA ke antara Kenalan, Kawan & Sahabat ?? errkkkk


Cik rase macam sama je fungsi mereka2 ne sume kan?? tapi bila dikaji,diselidik,diteliti *banyak nye di*
memang banyak sekali perbezaannya :p

Moh tengok ape beza nya xD :

* KENALAN*
-sum1 @ org yg kita kenal gitu-gitu je.. x tau @ x berapa nak tau pasal info peribadi dia.

*KAWAN*
-Level dia up sikit dr kenalan.
-Tau lah serba sedikit mengenai kehidupan peribadi dia.

*SAHABAT*
-Sahabat nilah yg akan tegur kesilapan kita dengan baik.
-Sentiasa bersangka Baik , takde dengki2 & jeles2 .
-Sentiasa inginkan kejayaan bersama2 & paling penting tak Cakap Belakang...


BFFFFF Cik(DME) pernah ckp , GOOD FRIENDS ARE LIKE STARS,YOU DONT ALWAYS SEE THEM ,BUT YOU KNOW THEY'RE ALWAYS THERE~ suweeeet kan??


Nie BFF Umie. Me Love All Of U :*
<==Ne kawan Perempuan yg paling Umie syg xD










Hah lengkap lak gambar ne xP













                                            \