1) Eleh,
ni nak habaq mai..yg sembahyang tunggang terbalik tu pun belum tentu
masuk syurga tau..pelacur yang bagi anjing minum tu Allah masukkan dia
ke syurga. U olz jangan nak sesuka hati menilai i olzz berpakaian! Allah
je yang berhak nak judge kita..huh
gegurlz..memang sembahyang itu bukan jaminan untuk masuk ke syurga, namun begitu yang membuka aurat itu PASTI masuk neraka!
2) Pakai
baju jarang ke kain sendat ke, itu hak kami! Kalau tak suke JANGAN
tengok, hey kalau itu tak boleh, ini tak boleh, ko pergi hidup dlm hutan
la..kolot! tak reti hidup bermasyarakat..
Adakah kita berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk mnahan godaan syaitan?
3) Seksi
itu subjektif ok! bagi kami apa yang kami pakai ni xseksi pun, awk tu
lain la..kami pakai macam ni pun dah bising-bising..gila sex eh?
Wahai kaum wanita, haruslah
anda sedar, subjektif atau objektif..anda tetap dikira berdosa walaupun
hanya menayang sehelai rambut, ini bukan saya kata..dalam al-quran ada
tulis!
4)Ingat
kami ni tak bertudung, kami tak sembahyang ke? hey kami pun solat
la..cukop 5 waktu lagi tau..puasa pun tip top..xpernah nak ngelat!
Sayang-sayangku…yakinkah anda dengan ibadat dan puasa sudah cukop untuk menjamin anda tiket ke syurga?
5)
Sukahati kami la nak pakai macam mana pun, asalkan kami xsusahkan hidup
orang lain dah la kan. lagipun Allah tak suka kita membazir,ha yang u
olz ni beli tudung, beli kerongsang, baju panjang-panjang, membazir tau
tak? dah ikut amalan syaitan laknatullah tu..huh
Anda sebenarnya telah
menyusahkan hidup bapa, abang, adik lelaki serta suami anda dan menarik
mereka kedalam neraka bersama-sama dengan anda disebabkan mereka gagal
menegur dan mendidik anda
6) Apa
yang kami pakai, club mana yang kami pergi, ini antara kami dengan
Tuhan. Ha yang korang ni, cakap banyak ko dah settle ke dosa-dosa ko
ngan Allah?
Berani cakap di dunia, nanti di depan Allah berani cakap tak? Lawan perintah Allah, nerakalah tempatnya dik!
7)
Excuse me! ai pakai sexy-sexy macam ni sebab permintaan dari produscer,
ni kan komitmen ai terhadap kerjaya ai. Ai kena jiwai lakonan ni,
barulahpengajaran dan moral of this film dapat disampaikan dengan tepat
serta berkesan ke dalam hati para penonton. Inilah pengorbanan ai
sebagai anak seni!
menentukan anda ke
syurga atau neraka..Allah ke Produser?
8) Ermm
bukannya kami tak mahu menutup aurat, cuma seru belum sampai. Kami tak
mahu berlaku hipokrit terhadap diri sendiri. Lagipun takkan nak buat
perubahan drastik, selow-selow la..ai tak nak nanti kena culture shock
pulak
Awak..nasihat-nasihat dari
pesbuk, tb al hijrah, tu sume seru la tuh..menyeru anda ke arah
kebaikkan. Nak seru yang macam mana lae? balut sini, kitaorang
rambut lurus, kulit mulus, pipi gebus..rugila kalau simpan..lagipun time
muda-muda macam nilah nak bergaya dah tua-tua nanti pakai macam gini
orang cakap buang tebiat pulak
Dik senang kira, nak habaq mai
yang mati itu tidak mengenal usia, tidak berbau dan tidak pula
diberikan surat amaran, kalau sampai masa matilah anda!
10) Ala
yang pakai tudung tu jauh lebih jahat dari kami, bila mereka tengok
kami, dalam hati mereka mesti timbul perasaan mereka perempuan
baik-baik, riak, ujub dan takbur kan? hah ingat diri tu bagus sangat,
padahal saham dosa dah bertimbun di akhirat. Apa pandang-pandang..jeles
lettew ko xde body mcm ak?
Sayangku,
benda yang elok dan cantik itu kita balut kita tutop dan simpan
elok-elok supaya tak dirosakkan, kalau kita biar terbuka tu, dah
busuk..dah xelok..macam lolipop yang jatuh atas tanah..sape lagi yang
nak? kalau ada orang kutip ambil makan pun , nanti kena penyakit
Sekadar teguran buat diri
sendiri dan kaum seagama yang lain, tidak ada niat untuk menyakiti hati
sesiapa. Teguran menunjukkan tanda sayang dan ambil berat orang lain
terhadap diri kita. Dalam kehidupan, jangan jadikan alasan itu sebagai
penghalang. Islam itu indah dan merupakan kejayaan di dalam keidupan.
p/s: Kaum wanita katakanlah ‘aurat
saya mahkota saya’..kaum lelaki jalankan tanggungjawab anda sebagai
khalifah di muka bumi Allah ini
Intonasi yg berwarna merah dan hitam bagaikan langit dengan bumi. Be fair, kita nak meramaikan yg baik, bukan menjauhkan lagi yg “kita” rasa dah jauh. Fikirkan.
ReplyDelete